MYCYBERSALE kembali lagi, lebih banyak tawaran menarik, dan lebih banyak syarikat ambil bahagian. Jika anda kaki shopping online, inilah masa terbaik untuk berbelanja dengan bijak. Saya pasti, tawaran yang diberikan dalam kempen #MYCYBERSALE pasti berbaloi untuk anda.

Tahun 2017, adalah merupakan tahun keempat kempen MYCYBERSALE ini diadakan. Ia merupakan jualan online terbesar di Malaysia. Waktu inilah, syarikat dari pelbagai jenama yang mengambil bahagian akan 'all out' membuat tawaran serta memberikan diskaun menarik untuk semua.

Jualan Online Besar-Besaran MYCYBERSALE 2017

#MYCYBERSALE Oct 9 - 13 2017
Untuk kesekian kalinya, jualan online terbesar MYCYBERSALE 2017 akan bermula dari 9 hingga 13 Oktober 2017. Ia merupakan satu kempen jualan online yang dianjurkan oleh PIKOM dan disokong oleh MDEC.

  • [col]
    • Beratus syarikat termasuk daripada jenama-jenama terkenal selain beberapa laman web online shopping menyertai kempen jualan online ini. Ia merupakan satu kempen yang penuh dengan tawaran diskaun, harga potongan, baucer-baucer tunai, penghantaran percuma, hadiah percuma dan bermacam lagi.
    • Yang syoknya ialah, ia hanya akan ditawarkan ketika jualan besar-besaran #MYCYBERSALE ini. Maka, tandakan kalendar anda dari tarikh 9 Oktober hingga 13 Oktober 2017. Hanya 4 hari untuk anda shopping sakan merebut segala tawaran eksklusif yang disediakan daripada pelbagai jenama semasa kempen ini.

Jam Tangan Eksklusif Massa Collections

MYCYBERSALE - 50 Peratus Diskaun Massa Collections
Salah satu jenama yang menyertai kempen kali ini ialah Massa Collections. Massa Collections ialah satu jenama jam tangan yang eksklusif di Asia Tenggara.

Semua rekaan terbaik Massa dihasilkan dengan siri 316L keluli tahan karat gred tertinggi dan mencapai ketahanan standard kalis air 30M. Reka bentuk jam tangan Massa melalui proses elektrolisis yang sangat halus sehingga membolehkannya tampil dalam pelbagai rekaan eksklusif yang berdaya tahan namun cantik.

Menerusi MYCYBERSALE 2017, saya diberikan kesempatan oleh Massa Collections untuk menerima seutas jam tangan lelaki yang eksklusif ini. Jam tangan yang saya terima adalah dari variasi Massa Grace Male (Mgm-RR-LR). Ia disertakan dengan dua jenis tali iaitu tali kulit dan juga tali nylon.
Jadi, saya boleh tukar tali jam tangan ini ikut kesesuaian. Memang menarik sekali. Pin untuk menukarkan tali juga disediakan, maka tidak perlulah anda nak ke kedai jam semata untuk tukarkan tali jam tangan ini.

Jam tangan Massa Collections yang saya terima ini agak ringan, cuma 51 gram sahaja. Ianya nipis, dengan ketebalan 5mm, dengan penampilan rose gold plating. Bahagian utama jam diperbuat daripada 100 peratus keluli tahan karat dan pastinya mampu mencapai standard kalis air 30M.
Rekaannya memang simple, sesuai untuk gaya santai tetapi nampak eksklusif.

Saya suka sebab jam tangan ini ringan, tidak terlalu sopistikated, sebab diri saya pun bukannya begitu. Sesuai digayakan dengan penampilan berbaju kemeja, atau t-shirt berkolar.

Diskaun 50% Sempena MYCYBERSALE 2017

Untuk kempen MYCYBERSALE 2017 ini, Massa Collections menawarkan potongan harga semua stor sehingga 50%. Satu tawaran yang sangat menarik untuk mereka yang mahu dapatkan seutas jam tangan yang eksklusif. Pilih mana-mana yang sesuai, ada pilihan untuk semua, baik untuk lelaki mahupun perempuan.

Ada banyak rekaan menarik selain daripada apa yang saya paparkan ini. Setiap jam tangan pula ada casing khas menarik disertakan. Maka, ia boleh dijadikan sebagai satu bentuk hadiah dan pemberian yang istimewa.

Lawati laman web Massa Collections sempena jualan online besar-besaran kempen MYCYBERSALE ini, mungkin anda dapat mencari sesuatu yang istimewa untuk yang teristimewa tahun ini ... :)

Juga lawati laman web rasmi MYCYBERSALE untuk tawaran lain serta kontest khas sempena kempen beli belah online ini.

#MYCYBERSALE #MASSA

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Leather ke tangkai tu? sesuai dgn HH kan hehe...

    ReplyDelete
  2. tak faham la macam mana nak join sushivid tu, kena propose la dulu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement