Wanita berhijab sering dikatakan mempunyai masalah dengan keadaan dan kesihatan rambut. Rambut wanita perlu jagaan rapi, hatta untuk wanita yang berhijab. Tanpa penjagaan yang sempurna, rambut akan mudah rosak, kering, rapuh dan berkelemumur kerana ia tertutup dalam tempoh yang lama.
11 Tips Penjagaan Rambut Khas Untuk Wanita Berhijab
Saya bukanlah pakar bab penjagaan rambut, tetapi in Sha Allah .. ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan buat anda yang berhijab untuk penjagaan rambut yang betul dan sempurna. Jika anda tidak mahu berdepan dengan pelbagai masalah, pastikan anda ikuti beberapa tip ini agar rambut anda kekal sihat dan cantik walaupun berhijab sepanjang hari.Pilih Tudung Yang Boleh Menyerap Peluh
Menutup rambut dalam tempoh yang lama boleh membuatkan rambut anda mudah berpeluh. Peluh yang berlebihan jika tidak dikawal boleh mendatangkan masalah pada rambut seperti kelemumur, bau yang kurang menyenangkan, mudah rapuh, lembap dan sebagainya. Bijaklah memilih jenis fabrik yang lembut dan ringan seperti sifon. Jangan memilih kain tudung daripada fabrik kapas kerana ia mudah memerangkap haba dan membuatkan kulit kepala cepat berpeluh.Elakkan Mencuci Rambut Setiap Hari
Walaupun rambut anda tertutup setiap hari, anda tidak perlu mencuci rambut setiap hari. Memadai dengan mencuci rambut setiap dua atau tiga hari sekali, sekurang-kurangnya tiga jam sebelum anda memakai tudung. Biarkan rambut anda betul-betul kering sebelum anda ingin memakai tudungJangan Sikat Rambut Terlalu Kuat
Bagi anda yang miliki rambut panjang tentu sahaja anda akan mengikat rambut ketika memakai tudung. Bagi mengelakkan rambut anda mudah rosak dan cepat parah, jangan ikat rambut terlalu kuat ketika memakai tudung. Biarkan ikatan tersebut sedikit.Elakkan Memakai Tudung Ketika Rambut Basah
Rambut yang basah saat memakai tudung akan menyebabkan rambut berbau, rosak, kelemumur dan tidak sihat. Sebaiknya biarkan rambut anda kering terlebih dahulu sebelum anda memakai tudung. Jika anda ingin menyarung tudung dalam keadaan tergesa-gesa sedangkan rambut anda masih belum cukup kering secara semula jadi, anda boleh menggunakan pengering rambut sebagai alternatif untuk mempercepatkan rambut kering.Pilihlah Syampu Yang Sesuai Dengan Rambut
Pastikan anda menggunakan jenis syampu yang bersesuaian dengan rambut dan kulit kepala. Elakkan daripada menggunakan syampu yang mengandungi banyak bahan kimia agar ia tidak mendatangkan kesan buruk kepada penjagaan rambut anda. Malah ketika proses membasuh rambut, anda juga digalakkan melakukan urut pada kulit kepala secara teratur.[Dah Baca?] Tudung Murah vs Tudung Mahal
Sikat Rambut Sebelum dan Selepas Memakai Tudung
Wanita berhijab sering mengabaikan kepentingan menyikat rambut sama ada sebelum atau selepas memakai tudung atas alasan tiada siapa yang akan nampak rambut anda. Sebenarnya tanggapan anda itu sama sekali salah. Amalan menyikat rambut ini sangat penting bagi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik walaupun bertudung. Gunakan sikat yang bergigi jarang untuk mengurangkan risiko rambut kusut dan akhirnya rosak akibat terlalu sukar untuk disikat.Ambil Makanan Yang Berkhasiat
Tidak kira orang yang bertudung ataupun tidak, pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat penting untuk memastikan kesihatan dan kecantikan rambut terpelihara. Anda digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin E, vitamin B12, vitamin B6, protein dan vitamin C. Sumber vitamin ini boleh anda peroleh daripada buah-buahan, sayuran hijau dan kekacang.[Dah Baca?] Kisah Pelajar Tudung Labuh Yang Viral Kerana Ingat Allah dan Kematian
Merehatkan Rambut Seketika Sebelum Mandi
Sebaik anda membuka tudung, bukakan ikatan pada rambut dan biarkan dahulu kulit kepala anda bernafas. Rehatkan seketika dalam tempoh setengah jam sehingga peluh pada tubuh dan kulit kepala benar-benar kering. Ia bertujuan untuk memberi aliran udara pada kulit kepala sebelum anda ingin mandi.Gunakan Bahan Semulajadi Untuk Rawatan Kesihatan Rambut
Untuk menyihatkan dan menyuburkan rambut, anda juga boleh menggunakan banyak bahan semula jadi yang mudah didapati serta murah antaranya lidah buaya, bunga raya, tomato, minyak zaitun, santan dan sebagainya. Gel lidah buaya misalnya berkhasiat dan sesuai dijadikan masker untuk merawat rambut dan kulit kepala.Artikel Asal - http://www.sinarharian.com.my
keguguran rambut masalah utama say selepas bersalin... smg tips ini dpt membantu. Allhamdulillah. t.k
ReplyDeleteSy tgh nak praktikkan pada wife. Mmg gugur rambut banyak lepas bersalin anak keempat ni.
DeleteSemoga tips ini membantuuu. Tq .
ReplyDeleteTu sy pun harapnya gitu pada wife
DeleteJika rambut sihat..
ReplyDeleteKita lebih selesa..
Dan la pakai tudung sepanjang hari.
Thank you for this info!
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.