Sebenarnya memang dah lama berhajat untuk ke Pusat Sains Negara ni. Hampir dua tahun juga menunggu dengan sabar, dan alhamdulillah .. kali ini kami sekeluarga berkesempatan untuk ke sini. Dan paling best, tiket masuk untuk ke Pusat Sains Negara (PSN) adalah percuma sempena pembukaan semula PSN ni.
27 Gambar Percutian Pusat Sains Negara
Saya ingin bercerita panjang tetapi atas sebab banyak sangat gambar semasa kunjungan kami ke PSN ni, maka .. saya dahulukan dulu dengan gambar-gambar ya .. :). Biarkan gambar-gambar ini berbicara ringkas tentang apa yang ada dalam PSN ini setelah 2 tahun ditutup untuk kerja-kerja naik-taraf.Untuk cerita, in Sha Allah .. saya akan tulis dalam post yang lain. Agak sibuk lak dengan hal lain ... hehehe ...
Uhh masuk-masuk je dari pintu utama dalam bangunan PSN ni, dah ada beberapa pameran sains explore sendiri yang cukup menarik. Saya sebagai bapak pun teringin nak cuba beberapa eksperimentasi sains yang disediakan. Cuma kena kontrol sikit kelakuan agar saya tak nampak seperti seorang lelaki tak belajar sains .. haha...
Amacam? Nampak menarik tak percutian kami ke Pusat Sains Negara (PSN)? Walaupun ada beberapa isu dibangkitkan tentang PSN ni, tetapi saya galakkan anda untuk pergi dulu ke sana .. dan rasai sendiri. Jangan fikir keseronokan pada diri anda, tetapi fikirkan keseronokan dan benda yang akan anak-anak dapat bila ke PSN.
[Baca Dah?] Ramai Pengunjung Kecewa Apabila PSN Dibuka Semula Selepas 2 Tahun RenovationAla .. lagipun percuma .. bukannya berbayar .. :P. Bila dah kena bayar nanti, kalau ada kemudahan dan benda yang tak puas hati, maka masa tu bolehlah 'hentam' ... takat ni, anda pergi .. lihat, ada yang rasa perlu diperbaiki, syorkan kepada PSN kelak. Kita jadi pengunjung yang bertanggungjawab dan prihatin ye ...
Cerita saya di sini boleh baca pada blog post ini - Pengalaman Berada di Pusat Sains Negara Ketika Cuti Persekolahan
Wah..pasti anak2 happy ke sini
ReplyDeleteBetul .. anak-anak cukup suka dan seronok ... kata mereka nak datang lagi sbb ada benda yang belum explore betul2
DeleteBest ni... ! Tulah ingat nak pi jugak, tapi lepas cuti sekolah kot.Tak suka bersesak-sesak yang amat.. Nanti takleh feel..hahaha
ReplyDeleteNampak menarik nieh.... mesti nak ambik cuti bawak anak2 kami pulak pi sana :D
ReplyDeletewahh menarik. tak sempat pergi hari tu . insyaaallah next time
ReplyDeleteTengok gambar-gambar pun memang nampak menarik.. harap2 berpeluang pergi sini nanti
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.