Setiap bulan, antara tugas seorang blogger atau penulis blog sepenuh masa seperti saya ialah melihat kepada pencapaian dan statistik blog-blog. Ia adalah penting agar memastikan blog sentiasa menerima trafik, terutama daripada enjin carian seperti Google dan Bing. Blog yang kekurangan trafik mungkin akan menjejaskan sumber income seorang pemilik blog sepenuh masa seperti saya .. huhu.

Trafik blog perlu berada di tahap terbaik, dan paling penting kena sentiasa konsisten. Itulah sebab saya sering meneliti jumlah trafik blog yang diterima samada menerusi dashboard blogspot itu sendiri mahupun menggunakan sistem analitik yang disediakan oleh Google Analytics.

Jumlah Trafik Blog Bulan Oktober 2017

Saya suka nak kongsikan statistik dan analitik berkaitan trafik terutama di blog ini, memandangkan blog ini adalah merupakan blog terbaik saya setakat ini. Saya ada beberapa blog lain, tetapi kurang diberikan penekanan sepertimana blog hasrulhassan.com ini.


Alhamdulillah, sejak blog ini dijenamakan semula sejak Ogos 2010, ia telah menerima jumlah trafik atau pageviews (hits) lebih daripada 25 juta setakat blog post ini diterbitkan. Jumlah trafik sebanyak 25 juta pageviews ini direkodkan menerusi dashboard blogspot memandangkan hanya analitik dari dashboard blogspot sahaja yang merekodkan trafik blog ini sejak ia mula diwujudkan.

Aha, sekarang mari saya kongsikan apa yang direkodkan oleh Google Analytics khususnya untuk trafik seluruh bulan Oktober 2017.
Jika saya baru berblog, mungkin jumlah trafik sebegini (spt di atas) sangat mengujakan.. tetapi untuk sebuah blog yang dah lama ada, mungkin apa yang dipaparkan ini tidaklah hebat mana. Patutnya sebulan ... trafik blog dah boleh capai lebih 100,000 hits .. huhu...

Apapun, saya suka melihat peratus bounce rate yang direkodkan. Uhh .. bawah 5% tu .. macam tak logik lak .. hahaha .. tapi kalau betullah apa yang dicatatkan oleh Google Analytics untuk kadar ini, ia sesuatu yang sangat baik untuk blog hasrulhassan.com. Ya betul apa yang anda fikirkan tu, kalau kadar bounce rate adalah rendah, ia menunjukkan bahawa blog ada tarikan melekatkan pembaca ... huhu

Hmm .. nampaknya trafik bulan Oktober 2017 tidak berapa memberansangkan sangat. Saya perlu usaha lebih lagi, terutama untuk menghasilkan entri yang mampu menarik lebih ramai orang untuk share dan like. Bila ada yang share, bolehlah entri blog saya jadi viral ... hehehehe ..

Terima kasih pada rakan-rakan blogger yang terus sokong saya sejak dahulu lagi, terutama sekali pembaca dan pengunjung setia blog ini sejak dari tahun 2010. Doakan saya untuk terus mempunyai idea untuk menulis dan update konten blog dengan sesuatu yang bermanfaat 1000 kali.

18 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Nampaknya tuan konsisten dengan pelaporan trafik blog... semoga menjadi inspirasi kepada rakan blogger yang baru menapak mahupun blogger lama yang tak mahir2 lagi bab trafik blog... macam saya huhuhu

    ReplyDelete
  2. HH terbaik...bounce rate tu sy masih ketinggalan...harap2 dapat bwh 10.

    ReplyDelete
  3. Asalam memang hebat sekali tuan HH..memang selalu klik laman ini, penuh berinformasi..teringin nak terbaik begitu apakan daya orang kampung ja..Tahniah ya

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. lumayan betul traffic. Bagi lah tips sikit

    ReplyDelete
  5. Tahniah.. Saya je celam celum update blog. Terpaksa fikir bab lain yang ebih penting. huhu

    ReplyDelete
  6. Wow .. PV yang meletopp tue .CCL nak dapat PV sebanyak tue jenuh jugak merangkak . Apa-apa pun tahniah blogger Hh

    ReplyDelete
  7. Wow .. PV yang meletopp tue .CCL nak dapat PV sebanyak tue jenuh jugak merangkak . Apa-apa pun tahniah blogger Hh

    ReplyDelete
  8. Otai HH mmg hebat blognya...moga jadi inspirasi utk sy dan blogger lain

    ReplyDelete
  9. pergh...memang btol2 boleh jana income bulanan ni huhu..bila lah saya mampu untuk sehebat begini trafiknya..

    ReplyDelete
  10. Blog INI sentiasa bermanfaat.

    Saya juga teruja membaca kerana bahasa dalam blog INI ada USP tersendiri...

    Semoga semua dipermudahkan...

    Aamiin.

    ReplyDelete
  11. Blog INI sentiasa bermanfaat.

    Saya juga teruja membaca kerana bahasa dalam blog INI ada USP tersendiri...

    Semoga semua dipermudahkan...

    Aamiin.

    ReplyDelete
  12. Tahniah HH, PV sehari sama macam PV sebulan Migha. Jauh lagi perjalanan nak sampai ke situ.

    ReplyDelete
  13. Tp saya perasan sejak beberapa bulan ni PV menurun untuk blog saya. Sekarang dah stable sikit..tp lebih rendah dari awal tahun..

    Tak tahu kenapa..

    Anggap je tu asam garam berblog :+)

    ReplyDelete
  14. Tahniah HH.. teruja tgk page view tu

    ReplyDelete
  15. Hebat HH.bounce rate sy dlm 80++..tak pernah rendah..emmm...

    ReplyDelete
  16. Tarik pelawat ke website kita memang perlukan masa cuma nak dapatkan bounce rate rendah bukan senang.. tahniah HH..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement