Tentu ramai yang tertunggu kisah pengalaman saya dan keluarga bercuti ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur. Maaflah sebab beberapa kali tertangguh. Bukan apa, kena cari mood untuk menulis ... dan kena pastikan line Streamyx dalam keadaan mantap. Alhamdulillah, hari ini saya dapat tulis tentang kisah percutian ini, yang merupakan percutian singkat semasa cuti Hari Deepavali 2017.

Dah lama kami sekeluarga nak pergi ke Pusat Sains Negara (PSN) Kuala Lumpur ni. Kami dah beberapa kali ke Kuala Lumpur untuk ke PSN, tetapi kecewa sebab diberitahu PSN sedang dalam proses baik-pulih dan naik-taraf. Dan apabila dapat tahu, PSN sudah dibuka semula, uhh apa lagi ... kami pun teruslah ke sini.

Percutian Menambah Ilmu di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Apabila anak-anak dapat tahu PSN sudah boleh dikunjungi, merekalah yang paling teruja ... terutama sekali anak sulong saya, Amri. Amri memang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang sains ni. Apatah lagi di PSN pengetahuan mengenai Sains disampaikan secara interaktif dan bersifat self-exploration.

Saya memilih untuk pergi ke PSN waktu hari bekerja, kerana saya fikir jika pergi waktu cuti hujung minggu tentu PSN akan dikunjungi ramai pelawat. Tapi nampaknya sangkaan saya meleset sama sekali.

Sebenarnya, sebelum saya dan isteri ambil keputusan untuk bawa anak-anak ke PSN, saya dah cuba dapatkan beberapa maklumat menerusi internet. Ada beberapa review yang tak berapa best mengenai PSN, apatah lagi setelah ia dibuka semula untuk para pengunjung setelah lebih 2 tahun ditutup untuk kerja penambah-baikkan.

Masuk Percumalah ...

Dan kami juga dapat tahu, bayaran masuk ke PSN adalah percuma untuk tempoh tertentu. Uhh patutlah ramai yang ambil kesempatan ini untuk berkunjung ke Pusat Sains Negara .. sampaikan berbas-bas datang dalam rombongan yang besar.

Saya dan keluarga datang ke PSN lebih kurang jam 10:30 pagi. Memang dah ramai pengunjung dan pelawat. Saya terpaksa menurunkan dulu keluarga saya termasuk emak saya yang tak mampu nak berjalan jauh di depan pintu masuk bangunan PSN. Nasib baik, pak guard di situ beri kebenaran.

Saya terpaksa parking kereta di seberang jalan. Ianya memang tempat letak kereta yang dikhaskan kepada pengunjung PSN. Dari tempat kereta itu, ada jejantas terus ke pondok pengawal, pintu masuk ke kawasan PSN. Dari situ, berjalan kakilah saya .. menongkah laluan yang agak curam. Fuh .. lenguh jugalah untuk seketika.

Survivor Bunker Tarikan Terbaru

Sampai sahaja di pintu masuk bangunan PSN, saya disambut mesra oleh staff PSN. Saya nampak keluarga saya sudah menunggu, dengan ada tiket khas selain tiket tambahan yang isteri saya beli untuk masuk ke Survivor Bunker/Survive The Bunker. Tiket khas itu sekadar prosedur sahaja untuk merekodkan jumlah pengunjung, anda tidak perlu bayar apa-apa, kecuali tiket untuk masuk ke Survivor Bunker, yang berharga RM4 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak) untuk warganegara.

Apabila masuk sahaja, anda akan melalui satu terowong 'akuarium' besar. Anak-anak yang tak pernah melihat kehidupan marin secara dekat, boleh merasai pengalaman ini. Ada banyak spesies ikan marin (laut) yang boleh anda lihat sedang berenang bebas di kiri kanan dan atas ... hmm macam berada di bawah laut gitu.

Tapi, kalau ramai sangat orang .. mungkin excitement tu tak terasa sangat .. huhu.

Okeh.

Buat mereka yang mungkin akan pertama kali ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur, PSN ini ada dua aras yang menyediakan pameran berkaitan Sains. Di bahagian bawah, atau ruang utama PSN ada tempat permainan untuk kanak-kanak, selain pentas persembahan yang dikendalikan oleh staff PSN.

Kidz World

Di ruang utama itu juga, ada bahagian dinamakan Science Wonderland/Kidz Wonderland. Di situ memang banyak pameran bersifat interaktif dan self-explore. Err walaupun ia ditujukan khas untuk kanak-kanak, saya sendiri pun tak lepas peluang untuk mencuba beberapa bahan pameran yang menarik dan menguji minda sains saya yang dah berkarat .. hahaha.

Anak-anak saya memang tak lepaskan peluang untuk explore kebanyakkan konsep dan eksperimen sains yang dipamerkan di PSN ini. Dari sekecil-kecil benda hinggalah ke sesuatu yang menguji tahap deria mereka seperti berada di dalam kebuk angin taufan.

Aras Dua Pusat Sains Negara

Di aras dua PSN, saya dapati tak ramai pengunjung dan pelawat. Mungkin kerana terpaksa melalui laluan yang nampak memenatkan .. haha .. agak curam dan boleh menyebabkan keletihan buat warga emas dan yang kurang stamina .. huhu.

Tapi, di aras dua ada satu tarikan baru yang menarik iaitu Survival Bunker atau Survive The Bunker. Ia merupakan satu ruang pameran di dalam satu bilik gelap yang akan menguji tahap ketakutan. Ia juga self-explore tanpa ada sesiapa pun yang guide anda ketika berada di dalam bilik Survival Bunker ini.

Saya dan anak-anak telah ambil peluang untuk mencuba Survive The Bunker.

  • [col]
    • Anda akan dimasukkan secara berkumpulan - tidak lebih daripada 10 orang (kalau tak silap). Dalam Survivor Bunker ini, anda tidak dibenarkan menggunakan lampu suluh, kamera, smartphone atau apa-apa gajet. Anda perlu menggunakan segala deria dan pancaindera anda untuk keluar dari Survive The Bunker ini.
    • Awal masuk .. memang keadaan gelap gelita. Anda perlu mencari jalan keluar sendiri, berpandukan deria sentuhan dan penglihatan yang terhad. Anda akan diuji dengan ketakutan berkaitan tahap ketinggian, ketakutan kepada serangga menjalar, ketakutan terhadap keadaan sejuk, ketakutan kerana kegelapan, ketakutan pada entiti-entiti mistik dan macam-macam lagi.
    • Ia lebih kurang macam rumah hantu ... tetapi bukan .. huhu .. nak tahu, kena rasai pengalaman ini sendiri. Paling penting, anda perlu gunakan 100% deria anda tanpa bantuan apa-apa alat .. lebih-lebih lagi lampu suluh!


Di aras dua PSN ini juga, anda dan anak-anak bakal menambah pengetahuan mengenai beberapa pencapaian terkini milik negara berkaitan sains. Banyak juga elemen-elemen pameran yang boleh anda cuba sendiri.

Kesimpulan Percutian ke PSN KL

Percutian di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur memang best, terutama kepada mereka yang benar-benar nak tahu dan belajar lebih dekat tentang sains dan misteri kehidupan. Ia tempat menambah pengetahuan selain merasai sendiri elemen-elemen sains yang sebelum ini tidak pernah dirasai dalam kehidupan.

Cuma mungkin, pihak PSN perlu membuat semakan berkaitan bahan pameran dan eksperimen disediakan. Bukan semuanya berfungsi dengan baik. Malah, ada di antaranya sudah tidak boleh lagi digunapakai, malah ada yang boleh membahayakan para pengunjung jika tiada pengawasan rapi dan ketat.
[Dah Baca?] Pengunjung Luah Kekecewaan Berkunjung ke Pusat Sains Negara KL
Pihak PSN juga perlu melihat kembali komen-komen para ibu bapa dan pengunjung yang datang ke sini, dan ambil tindakan yang sewajarnya mana yang perlu. Mungkin ada di antara komen-komen tersebut yang bakal membantu PSN menjadi sebagai tempat terbaik (lebih baik) institusi pendidikan tidak formal berkaitan sains dan alam yang sememangnya menjadi misi dan tujuannya.

Info Tambahan Jika Nak Melawat PSN

Orait, kepada ibu bapa yang nak bawa anak-anak ke PSN ini, ada beberapa info tambahan yang saya nak kongsikan:

  • Waktu operasi adalah dari Sabtu hingga Khamis bermula jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Jumaat ditutup.
  • Ruang parkir ada disediakan dalam kawasan PSN dan juga di seberang jalan PSN. Ianya adalah parkir percuma.
  • Kafetaria menjual makanan terutama untuk makan tengahari juga ada disediakan, terletak bersebelahan bangunan utama. Namun, ruang makan agak terhad.
  • Ada kedai jual cenderahati berkaitan PSN di sebelah kafetaria.
  • Ada kolam mandi di bahagian bawah PSN, jalan masuk ke bawah dari pondok pengawal. Jadi, anda boleh bawa dan sediakan pakaian mandi untuk anak-anak jika nak mandi manda di situ. Tiada bayaran dikenakan.
  • Ada taman permainan yang menarik untuk kanak-kanak bersebelahan kolam.
  • Ada taman rama-rama juga berada di bawah bangunan PSN bersebelahan dengan taman permainan dan kolam mandi.
  • Masuk adalah percuma sehingga 31 Disember 2017 kecuali bahagian Survive The Bunker.
  • Masa minima untuk jelajah PSN adalah dua jam .. jadi, pastikan anda set masa sesuai jika nak melawat.

Saya harap perkongsian percutian saya dan keluarga ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur ini sedikit sebanyak menambah info dan berikan sedikit latar kasar mengenai apa yang bakal anda rasai di PSN kelak. Boleh tengok beberapa gambar yang sempat saya rakamkan semasa berkunjung ke sini di pautan berikut - Gambar Percutian Pusat Sains Negara - Masuk Percuma

Untuk info tambahan, boleh juga anda lihat di laman web rasmi PSN.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement