Maklumat dan info berkaitan tarikh daftar BR1M 2018 dan kemaskini maklumat penerima bantuan ini ada dimaklumkan menerusi pamplet yang diedarkan oleh pihak LHDN. Anda boleh lihat pamplet tersebut di akhir post ini, dan anda boleh muat-turun secara percuma sebagai panduan permohonan dan penerima BR1M 2018.
Tarikh Pendaftaran dan Kemaskini BR1M 2018
Dalam Bajet 2018, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa skim Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M akan diteruskan untuk tahun 2018. Ia bakal memanfaatkan lebih 7 juta penerima BR1M seperti tahun sebelum ini, dengan peruntukan RM6.8 bilion. Jumlah maksima wang tunai yang diterima oleh penerima BR1M juga kekal sebanyak RM1,200.Pembayaran, Syarat Kelayakan dan Cara Daftar BR1M 2018
Pembayaran BR1M 2018 akan dilaksanakan bermula pada bulan Februari 2018 melibatkan 3 kategori penerima seperti BR1M 2017:- Kategori 1 - Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah - RM450 (Feb)
- Kategori 2 - Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 - RM300 x 3 (Feb, Jun, Ogos)
- Kategori 3 - Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah - RM400 x 3 (Feb, Jun, Ogos)
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
- MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
- Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Hadir ke mana-mana cawangan LHDN seluruh negeri atau Pusat Khidmat Hasil atau mana-mana UTC LHDN
- Portal rasmi BR1M iaitu di https://ebr1m.hasil.gov.my
Makluman Penting BR1M 2018
Adalah sangat penting kepada pemohon dan juga penerima BR1M untuk menggunakan dua cara disebutkan tersebut bagi tujuan permohonan dan kemaskini agar memastikan penerima berada di dalam kategori yang betul.Keputusan Permohonan 2018
Untuk mengetahui samada permohonan baru BR1M 2018 berjaya atau tidak, atau mahu membuat semakan samada masih lagi sebagai penerima BR1M 2018, anda boleh mengetahuinya atau melakukannya menerusi 4 cara di bawah:- Surat makluman keputusan BR1M akan diposkan menerusi alamat yang telah didaftarkan menerusi borang permohonan.
- Semakan secara online menerusi https://ebr1m.hasil.gov.my
- Menerusi email yang didaftarkan di dalam borang permohonan
- Semakan menerusi aplikasi online mobile yang boleh dimuat-turun di Google Play dan AppStore secara percuma.
Amnya, anda boleh juga terus merujuk ke mana-mana pejabat cawangan LHDN berdekatan dengan anda.
oh !! dah boleh buat permohonan ya.. hee~ kena mohon ni.. mana tau tetiba tahun ni ada rezeki..
BalasPadamYa... jangan tak mohon ... :)
PadamSalam. Terima kasih atas perkongsian. Sorry OOT. Macam mana nak embed document macam dekat atas ni ya?
BalasPadam#TheRealBloggerMak
Ohh tak tahu ke? Hmm rasanya pernah tulis dah kot tips blogging tu
Padambest laa blh dapat.")
BalasPadamYa... memang bestlah kalau dapat BR1M ... sbb maksima leh dapat rm1200
PadamTerima kasih berkongsi maklumat berkenaan BR1M 2018 ni. Berdasarkan syarat kelayakan, saya salah seorang warganegara Malaysia yang layak. InsyaAllah, pada 27 Nov, saya akan melakukan permohonan di LHDN.
BalasPadamAlhamdulillah, mudah mudahan nanti permohonan BR1M diluluskan. Tahun 2018 memang akan lebih mencabar ,,
Padamjangan lupa update yee
BalasPadamhttps://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/11/20/siapa-yang-perlu-pengecualian-cukai-lebih-banyak-tuan-rumah-atau-penyewa/
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.