Anak-anak saya memang suka aktiviti memanah. Malah, anak saya Maira dan Zikri ada set mainan memanah yang dibeli dengan duit simpanan mereka sendiri. Minat mereka dengan memanah ni memang dah lama, apatah lagi bila dapat tahu bahawa aktiviti memanah adalah salah satu daripada aktiviti sukan yang Nabi Muhammad S.A.W suka selain berkuda dan berenang.

Minat makin bertambah apabila saya dan isteri bawa anak-anak ke Berjaya Times Square, di mana ada studio khas untuk orang ramai belajar memanah di situ. Seronok sebenarnya main memanah ni, apatah lagi kalau main memanah jenis tradisional. Aktiviti memanah secara tradisional ini cuma perlukan busur simple dan anak panah, selain tempat khas untuk dipanah .. huhu.

Kesempatan Memanah Tradisional di Laman Budaya Kuala Kangsar

Memanah Tradisional di Laman Budaya Kuala Kangsar
Nak dijadikan cerita, saya dan isteri telah singgah di Laman Budaya Kuala Kangsar. Ketika itu, saya dan keluarga dalam perjalanan pulang dari Batu Gajah ke Parit Buntar. Saya sengaja singgah Kuala Kangsar sebab nak bawa emak saya jalan-jalan, lagipun sebelum itu saya ada janji dengan Zikri untuk pergi ke Muzium Diraja Kuala Kangsar.

Disebabkan kesuntukan masa, setibanya depan muzium .. tengok-tengok muzium dah tutup. Kecewalah si Zikri. Maka, saya pun cari alternatif untuk ubat kekecewaan si Zikri .. hehe.

Walaupun saya dan keluarga dah banyak kali singgah di Kuala Kangsar, tak pernah sekalipun kami masuk ke Laman Budaya Kuala Kangsar ni. Hari tu .. adalah kali pertama kami singgah dan tak sangka pula tempatnya menjadi tumpuan ramai orang - terutama di waktu petang untuk bersantai.

Di situlah, saya dapat tahu ada satu sudut rekreasi untuk memanah tradisional.

Saya pun apalagi .. terus ajak Amri, Zikri dan Maira untuk mencuba aktiviti memanah tradisonal. Uhh memang sempoi la trainer dia. Siap bertanjak tu .. memang kena dengan tema Laman Budaya tu.

Caj/Bayaran Aktiviti Memanah Tradisional Laman Budaya Kuala Kangsar

Belajar Cara Memanah Tradisional Laman Budaya di Kuala Kangsar
Aktiviti Riadah Memanah di Laman Budaya Kuala Kangsar
Untuk buat aktiviti memanah tradisonal, ada caj dikenakan. Kalau tak silap ingatan saya, RM5 untuk 7 anak panah, dan RM10 untuk 15 anak panah - tak kira umur. Malah menurut trainer tu, mereka juga ada kelas belajar anak panah yang dikenakan caj bulanan iaitu RM25 sebulan untuk kanak-kanak dan RM40 sebulan untuk dewasa. Bila daftar masuk kelas memanah tradisional ni, boleh terus datang setiap petang .. dan terus gunakan kemudahan yang disediakan. Uhh berbaloi sangat la kan?

Tapi saya tak adalah ambil pakej belajar memanah tu disebabkan ia dibuat di Laman Budaya Kuala Kangsar ... huhu .. jauh kot, kena tempuh tol berbayar PLUS tu. Jenuh lak nak hantar anak-anak belajar memanah tradisional ni dari rumah saya di Parit Buntar.

Maka, kesempatan yang ada, saya ajak Amri dan Maira untuk lakukan aktiviti memanah tradisional di Laman Budaya Kuala Kangsar tu. Timba pengalaman tu penting ...
[Dah Baca?] Ajarkan Anak Untuk Pandai Berenang
Jika sebelum ini, Amri dan Maira merasa memanah dengan busur memanah moden, kali ini cara memanah adalah dengan alatan memanah back-to-basic. Agak kekok buat mereka berdua. Zikri .. hmmm .. masih dalam mood merajuk tetapi tak lepaskan peluang nak tengok aksi abang long dia dan Maira .. huhu .. (dalam hati teringin sebenarnya tu tapi malu nak cakap).

Disebabkan pengalaman sebenar tak ada, maka trainer perlu beritahu cara-cara dan teknik betul menggunakan busur panah tradisional. Ia tak sama dengan busur moden. Busur tradisional agak berat dan perlukan lebih kudrat. Kalau tak betul teknik, boleh rasa lenguh dan sakit di bahagian lengan dan bahu.

Aktiviti Riadah Memanah di Laman Budaya Kuala Kangsar
Errr .. tak sangka saya ... Maira lebih hebat bidikan anak panah berbanding Amri. Malah, dalam beberapa keadaan, anak panah Maira tepat mengenai sasaran berbanding Amri .. haha .. Trainer tu pun cakap yang Maira ada bakat dalam memanah tradisional ni. Uhh tersenyum lebar Maira bila dapat pujian dari trainer bertanjak tu.

Kalau anda ada kesempatan ke Kuala Kangsar, bolehlah singgah di Laman Budaya ni dan mencuba aktiviti memanah tradisional ini. Aktiviti memanah di situ dikelolakan oleh ADA Archery yang merupakan pembimbing pasukan memanah tradisional Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar.

Datanglah mencuba ye, bagus buat aktiviti memanah ni, apatah lagi bila perkenalkan kepada anak-anak tentang riadah yang disukai oleh Rasullullah S.A.W.


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang bagus memanah ni sebenarnya dari segi fisiologi..nanti aku cuba ceritakan kat blogpost.:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhhh nak baca la nanti .. tak berapa tahu bab bab ni ..

      Padam
  2. Bagus.. memanah ni Kan sukan sunah

    BalasPadam
  3. Anak2 akak minat memanah. Kat tempat kami xde mcm ni. So beli je yg mainan plastik tu pastu letak target kat almari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maira beli yang tu la .. tapi kejap je main .. hahaha sbb katanya kurang mencabar ..

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement