50 sen dan RM50. Beza keduanya pasti semua orang tahu. Satu duit syilling dan satu lagi duit kertas. Saya pasti anda pernah merasa nilai duit ini kan? Hatta, kanak-kanak pun dah tahu nilai kedua-duanya, mana satu yang lebih banyak dari yang selebihnya.
Kisah 50 Sen dan RM50
Pada suatu hari, bertemulah dua sahabat lama di sebuah pasaraya membeli belah di ibukota, iaitu 50 sen dan RM50. Dua sahabat ini dah lama tidak bertemu, yelah ..50 sen hanya berada di dalam negara, sedangkan RM50 dah merata pergi, sampai ke luar negara. Syilling Malaysia ... bukan laku sangat kalau ditukar kat pengurup wang. Tak gitu?Dah bertemu ni, lalu masing-masing bertanya khabar sesama sendiri. Berikut adalah dialog perbualan antara 50 sen dengan RM50:
50 Sen: "Assalammualaikum .... apa khabar kau RM50?" (wang syilling beragama Islam ni..huhu)
RM50: "Wa'alaikumsalam..... baik je ...lama tak nampak kau ehhh ..... bertemu pula kita kat sini ...."
50 Sen: "Hmm aku tengok kau nampak penat je ... dari mana sebenarnya kau ni?"
RM50: "Aku sebenarnya baru je balik dari luar negara, merata aku pergi ....letih betul"
50 Sen: "Ohh ye ke?"
RM50: "Yelah, aku sana-sini ... serata dunia aku mengembara kau tau ..... ke Eropah, pergi Amerika, pergi China, pergi Hong Kong ...pergi Indonesia ... memang sakanlah aku berjalan. Macam-macam tempat aku masuk .... pawagam, pusat beli belah, pasaraya bertaraf antarabangsa, hotel ....macam-macam aku masuk. Tu yang penat sangat tu"
50 Sen: "Wahh seronoknya kau ehhh .. aku gak yang terperuk kat sini"
[post_ads]
RM50: "Tak ada cerita baru ke? aku nampak kau ok je .... tak gi mana-mana ke?"
50 Sen: "Aku macam selalulah ...masuk masjid, masuk tandas, kedai runcit, masuk tabung sekolah, pi mai pi mai tang tu gak .... bila keluar dari masjid, aku masuk kedai runcit... pastu masuk tandas ... pastu keluar ..masuk masjid balik....camtulah hari-hari aku"
Hmm ... akan terdiamlah duit RM50 apabila mendengar keluhan kawannya 50 sen tu.
Sambil itu, mereka berdua pun melihat gelagat manusia yang berpusu-pusu di pasaraya itu, almaklumlah ..jualan penghabisan stok, jualan awal tahun, banyak barang-barang berjenama dok buat tawaran harga murah.
Tiba-tiba 50 sen bersuara.
50 Sen: "Ehh ...kau bila lagi nak masuk masjid? ... dah berjalan sakan sana sini .. singgahlah kejap kat masjid?"
RM50: "Errrr ...jangan tanya aku ... kau kena tanya mereka yang sibuk bergomol membeli belah ni la ..."
Kedua mereka tersenyum.
[post_ads_2]
Ya, memang betul .... jarang benar duit RM50 berada di dalam tabung masjid. Duit syilling .. duit kertas bernilai RM1 juga yang masuk ke dalam tabung masjid setiap minggu.
Takkanlah hanya 50 sen yang selalu keluar masuk tandas tu je yang layak diletakkan dalam tabung masjid? Mahu hidup bahagia? Jangan lokek untuk memberi lebih .... in Sha Allah, ia akan membawa berkat.
hahaha...mendalam maksudnya ni =)
ReplyDeleteKena dua tiga kali baca kot baru boleh tangkap ... ke direct tusuk ke dalam jiwa? Hehehe...
Deletetepat sekali sindiran ini...
ReplyDeletewow.. mendalam sangat makna ni. TQ HH for sharing
ReplyDeleteSama-sama .. moga sama dapat sesuatu daripada kisah ini.
DeleteDeep..
ReplyDeleteterbaekkk
ReplyDeleteTerima kasih ... :) kalau ada duit rm50 lebih tu .. leh la pass ke sini .. ehh
Deletebaru teringat ada duit 50 posen dalam poket tadi tak keluarkan.haha
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.