Allahu Akbar, betapa sakit susah nak gambarkan la. Alhamdulillah, saya masih boleh berdiri dan kesakitan hanya akan dirasai andai kaki saya berjejak ke tanah.
Tumit Kaki Mulanya Didiagnosis Retak
Memang salah saya. Kejadian yang mengakibatkan tumit kaki saya tercedera adalah salah sendiri. Saya seronok melihat anak-anak mandi kolam renang di banglo Janda Baik tu, lalu kerana terlalu ingka (kata orang Perak), mengakibatkan saya cedera pada tumit kaki. Lupa yang diri saya sudah melepasi had umur 40 tahun untuk beraksi ibarat anak remaja 17 tahun. Ingka sangat ... !!Kecederaan memang tak nampak dengan pandangan mata kasar. Ia bersifat kecederaan dalaman, ala macam atlit la ... nampak elok je, tapi ada kesakitan yang tidak nampak...hehehe.. cumanya dalam kes saya ni, bukan sebab bersukan ... haha.
Selepas bertahan dengan kesakitan sepanjang perjalanan pulang dari Janda Baik ke Putrajaya, saya ambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan dan xray di Pusat Kesihatan Putrajaya Presint 19. Nasib baik adik ipar saya ada tongkat spare, jadi bertongkatlah saya untuk buat pemeriksaan ditemani isteri dan anak kecil saya, si Najmi.
Beruntung besar saya punyai isteri yang sangat-sangat membantu, dan juga ipar yang merasa prihatin dengan apa yang telah berlaku pada saya walaupun terkadang tu terpaksa dan perlu juga hadam .. "Tu la ingka sangat .." .. haha.
Ada Retakan Kecil Pada Tumit Kaki?
[post_ads]Pada pemeriksaan dan xray di Pusat Kesihatan Presint 18, doktor mendapati ada retakan kecil pada tumit kaki saya. Uhh .. terdiam saya. Rasa risau pun ada disebabkan saya ni adalah pesakit Diabetes. Tapi doktor di situ tak mahu buat rawatan secara tergesa-gesa, perlu pendapat kedua untuk mengesahkan apa yang dilihatnya pada paparan xray benar-benar retakan pada tumit. Oleh itu, kes saya ini dipanjangkan ke Hospital Putrajaya.
Maka, selepas selesai di Pusat Kesihatan Presint 18, saya, isteri dan anak saya Najmi, dibawa ke Hospital Putrajaya oleh adik ipar yang kebetulan baru balik dari pasar. Aha .. saya ingat dapat naik ambulan .. kah kah.
Sampai sahaja di Hospital Putrajaya, isteri saya terus daftarkan saya untuk diberikan pemeriksaan.
Ramai betul pesakit kat wad kecemasan Hospital Putrajaya. Nampak kesibukan kakitangannya di sini. Ramai orang yang sakit. Ada macam-macam kesakitan yang saya lihat. Mereka diberikan perhatian dan rawatan sepatutnya. Waktu ini, saya terfikir bagaimana bagusnya perkhidmatan kesihatan yang ada di Malaysia. Walaupun ada rungutan kecil, namun masih ... hospital kerajaan tetap kekal terbaik secara amnya memberikan perkhidmatan kepada rakyat pada kos yang sangat rendah. Allahu Akbar.
Saya menunggu dan menunggu nombor giliran saya dipanggil. Akhirnya ....
Xray Kali Kedua Untuk Pengesahan
Saya diperiksa oleh seorang doktor wanita yang saya tak dapat nak cam wajah. Diselindungi oleh mask, saya diminta untuk membuat xray sekali lagi. Maka, berjalan kakilah saya ke bilik xray. Nasib baiklah lokasinya tidak terlalu jauh, menahan juga rasa perit di tumit kaki ni.Xray perlu dibuat sekali lagi untuk mengesahkan samada tumit kaki saya benar ada keretakan seperti yang telah didiagnosis oleh doktor di Pusat Kesihatan Presint 18. Ia penting sebagai salah satu prosedur wajib bagi tujuan pengesahan. Lagipun, doktor di Hospital Putrajaya lebih berpengalaman dalam kes-kes seperti kes saya ni.
Hasil daripada pemeriksaan dan xray kali kedua di Hospital Putrajaya, doktor memberitahu bahawa tiada retakan pada tumit kaki saya. Saya mohon penjelasan, dan doktor telah memberitahu segalanya dengan baik. Saya terima dan pada masa sama .. saya amat lega dan syukur bahawa kecederaan pada tumit kaki saya cuma sekadar keradangan pada rawan. Alhamdulillah.
Saya kemudiannya diberikan ubat penahan sakit, dan juga ubat sapuan Methyl Salicylate. Kalau anda selalu rasa kebas-kebas, rasa sakit lulut ke apa ke .. ubat sapuan ni memang ubat wajib la .. hehehe. Ia macam ubat panas .. elak masuk angindalam urat.
Dan inilah pertama kali dalam sejarah sebagai seorang penulis blog, saya dapat sijil cuti sakit original daripada Hospital Putrajaya .. hehehe ...
[post_ads_2]
Tak Retak Cuma Radang Rawan
Alhamdulillah, sah tumit kaki saya tak retak. Jadinya tak perlu kena balut. Selain diberikan pil penahan sakit dan juga ubat sapuan, doktor nasihatkan saya untuk selalu tuam bahagian sakit dengan tuaman panas. Saya pun cakap "kalau guna ais .. boleh tak doktor? Macam atlit sukan selalu buat tu ..". Jawab doktor "Boleh je, tapi elok selang seli...".[Dah Baca?] Dugaan Kecil Sehari Sebelum Hari RayaAha, begitulah adanya kisah kecederaan pada kaki saya. Terima kasihlah sebab sudi baca, mungkin ada sesuatu yang anda dapat dari cerita saya ni... hehe.
Ingatan untuk diri sendiri:
- Jangan ingka sangat di tempat orang
- Ingat dan sentiasa sedar kemampuan diri, terutama bila umur dah semakin meningkat.
- Percaya pada prosedur yang dijalankan doktor, dan dapatkan pendapat kedua dari doktor lain jika kurang pasti pada diagnosis dan rawatan.
- Mesti ada pengetahuan sedikit sebanyak mengenai kecederaan dan kesakitan yang dialami - saya Google kesakitan saya ni tau .. haha.
- Hospital kerajaan masih lagi tempat mendapatkan khidmat kesihatan terbaik.
Terima kasih pada doktor dan kakitangan Pusat Kesihatan Presint 18 dan juga Hospital Putrajaya.
nasiblah takde apa yang serius..Pengalaman saya patah kaki beberapa tahun lepas pun dah perit..berbulan-bulan guna tongkat,duduk kat wheelchair...hadoiii...
BalasPadamalhamdulillah..
BalasPadamingatkan ingka dengan janda mana tadi..haahaha..moga cepat sembuh hendaknya
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.