Uhh banyak juga hibah diberikan oleh Tabung Haji untuk tahun 2017. Alhamdulillah, ini tentu berita gembira buat ramai pendeposit dan penyimpan dalam Tabung Haji, termasuklah diri saya sekeluarga.
6.25 Peratus - Hibah atau Bonus Tabung Haji 2017
Dengan agihan keuntungan ini, kadar hibah sebanyak 6.25 peratus bakal melibatkan pembayaran sebanyak RM2.7 billion. Ia bakal dimanfaatkan oleh 8.7 juta pendeposit dalam Tabung Haji yang belum menunaikan ibadah haji.Untuk penyimpan yang telah pergi menunaikan haji pula, mereka akan terima kadar hibah sebanyak 4.5 peratus.
[post_ads]
Alhamdulillah, in Sha Allah .. sapa-sapa yang menyimpan dalam Tabung Haji dah boleh tengok hibah ini dimasukkan pada 12 Februari 2018.
[Baca] Semak Penyata, Baki, Bonus Tabung Haji Secara Online
Menurut laporan, pihak Tabung Haji telah mencatatkan prestasi kewangan lebih baik pada tahun 2017 berbanding 2016, dengan pendapatan kasar meningkat sebanyak RM1.1 billion atau 31 peratus kepada hampir RM4.5 billion, berbanding tahun kewangan 2016 sebanyak RM3.4 billion. Malah, Tabung Haji juga merekodkan keuntungan bersih selepas zakat sebanyak hampir RM2.8 billion iaitu peningkatan sebanyak RM0.3 billion (13 peratus) berbanding tahun 2016 sebanyak RM2.5 billion.
Syabas buat pengurusan Tabung Haji kerana 'mempergunakan' duit penyimpan dengan sangat baik sehingga dapat dimanfaatkan dengan pemberian kadar keuntungan atau hibah yang tinggi untuk tahun 2017 - terima 2018.
[Baca] Waktu Terbaik Melabur Dalam Emas
Siapa yang belum lagi mempunyai simpanan dalam Tabung Haji, maka eloklah bermula dari sekarang .. dan pastikan anak-anak anda juga sudah mempunyai akaun simpanan al-Thijari dengan Tabung Haji. In Sha Allah, tak rugi ....
Nak lebih baik, korang buatlah simpanan untuk anak-anak ini dengan potongan gaji bulanan yang ada disediakan oleh pihak Tabung Haji. Ia lebih mudah, lebih terjamin dan memastikan akaun simpanan dan tabungan anak-anak bertambah sehingga tiba masa untuk tunaikan ibadah Haji di Mekah, kelak.
alhamdulillah ...
BalasPadamboleh la gi update buku nanti.
anak-anak aida ada dah akaun.
nanti nak daftarkan haji utk diorang.
Daftar awal ... saya semua daftar sekali.
PadamAlhamdulillah. Semakin bertambah simpanan kita.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.