Ada yang menunggu saya nak bercerita pasal pengalaman memancing di dalam Taman Negara Pahang...huhu.. lama gak peram ni, memandangkan ada banyak gambar ketika saya bercuti ke Taman Negara bersama rakan-rakan lama sekolah menengah (Semestian 6th Batch)...jadi, post berkaitan tu ambil masa nak menulis. Tapi, untuk hari ini, saya nak kongsikan sedikit tips mengenai pergi memancing ke Taman Negara Pahang.

Apabila sebut nak memancing di Taman Negara Pahang, pastilah ikan yang menjadi buruan adalah ikan Kelah. Misi spesial .. mencari Kelah Merah.

Tips Persediaan Bercuti Ke Taman Negara Untuk Memancing 

Tips Bercuti Taman Negara Memancing Kelah
Tips Bercuti Taman Negara Memancing Kelah
Saya nak kongsikan sedikit tips yang telah saya dapat dan gunakan semasa pergi bercuti ke Taman Negara tempoh hari. Kalau nak tahu, waktu paling sesuai nak masuk memancing di Taman Negara adalah antara bulan Februari hinggalah Oktober.

Kenapa waktu tersebut sesuai? Sebab waktu tersebut air sungai di sekitar kawasan Taman Negara Pahang tidak terlalu kering, dan tidak terlalu dalam. Kalau kering sangat, nanti payah nak mudik ke hulu sungai untuk mencari lubuk Kelah. Jenuh nanti nak menolak bot ..
[post_ads]
Jika terlalu dalam pula, susah nak mencari lubuk yang sesuai. Kalau jumpa lubuk Kelah pun, tak ada tempat untuk setup camping atau tempat lepak nak memancing.

Waktu lain, terutama akhir tahun ... adalah waktu musim tengkujuh. Takkan nak pergi waktu ni ... nanti apa-apa aktiviti pun tak boleh dibuat, termasuklah memancing.

11 Keperluan Perlu Disediakan Sebelum Masuk Taman Negara Untuk Memancing

Orait .. kita pergi ke intipati utama post ini, iaitu tips bercuti ke Taman Negara Pahang, untuk memancing ikan Kelah. Persediaan yang saya tulis di bawah adalah untuk individu ye ... bukan berkumpulan.

Saya dan rakan-rakan masuk ke Taman Negara Pahang menerusi bot Kuala Tahan. Perjalanan dari jeti ke tempat penginapan kami (basecamp) cuma 5 minit sahaja iaitu di Mutiara Taman Negara Resort.
Keperluan Perlu Disediakan Sebelum Masuk Taman Negara Untuk Memancing

1. Bawa Pakaian Sesuai

Pakaian yang sesuai kalau nak memancing Kelah, mesti berwarna gelap atau celoreng. Kalau boleh bawa baju lengan panjang atau pakai sarung tangan panjang gelap. Jangan pakai seluar jeans atau slack kain berat (ketika nak pergi memancing). Boleh pakai seluar pendek atau seluar 3 suku tu. Nak mudah, pakai je seluar track yang ringan.

2. Pakai Tights

Jika nak mengelakkan dari sinaran UV yang boleh menghitamkan kulit, pakailah tights. Dan ia pakaian yang sangat bagus untuk elak dari terkena gigitan pacat yang banyak di dalam hutan Taman Negara ni. Lagi satu, ia juga bagus untuk memanaskan badan. Kalau tak ada, boleh je cari kat mana-mana kedai pakaian sukan, atau beli je online. Saya beli kat Lazada...hoho.

3. Bawa Stokin

Jika tak tahan sejuk, bawa stokin. Ia juga penting untuk elak gigitan nyamuk waktu malam atau ketika masuk ke dalam hutan Taman Negara. Kadang di lubuk Kelah, ada banyak agas dan nyamuk yang suka hinggap di bahagian kaki. Jangan lak bawa stocking yang nipis seksi tu .. keh keh keh ..

4. Peralatan Memancing

Peralatan memancing Kelah Taman Negara
Bawa set memancing yang sesuai untuk memburu ikan Kelah di Taman Negara. Kalau saya, saya bawa dua set, satu untuk memancing bottom berumpankan sawit peram, dan satu lagi set untuk casting. Bawa set light-medium, batu ladung hidup saiz kecil, spoon, mata kail pelbagai saiz (10/12/14), tali perambut gunakan bawah 30lb pun dah ok. Gunakan tali lutsinar (ghost).
[post_ads_2]
Bawa set kekili siri 2000 hingga 4000, biar padan dengan rod. Rod maksima 5 hingga 6 kaki, sebab anda nak membaling pancing ke luas kawasan yang terhad.

Untuk casting boleh gunakan spoon atau bait jenis selaman dalam iaitu bait yang ada sesudu kat muncung tu. Untuk teknik bottom, umpan sawit peram selalu disediakan oleh boatman yang akan bawa anda ke lubuk Kelah.

5. Baju Hujan dan Topi

Bawalah baju hujan sebagai persediaan kalau nanti hujan. Baju hujan yang pakai buang boleh je beli kat kedai-kedai serbaneka atau pasaraya, harga dalam RM4 je. Jika ada topi, bawalah untuk elak panas matahari.

6. Biskut atau Makanan Segera

Tips persediaan memancing dalam Taman Negara Pahang
Bawalah biskut atau makanan segera yang boleh terus dimakan. Ia penting sebab ketika pergi memancing, anda akan berada di dalam situasi menunggu umpan dimakan yang agak lama. Perut lapar boleh diisi dengan mudah.

Bawa juga sebotol air mineral ataupun bekas air saiz sederhana besar. Anda pasti memerlukannya untuk hilangkan dahaga terutama ketika cuaca panas semasa memancing.

Err gambar barang-barang dalam troli tu adalah untuk keperluan campsite utama kami melibatkan 12 orang kesemuanya. Jadi, jangan dijadikan rujukan pula kalau nak bawa untuk keperluan diri.

7. Plastik Sampah dan Pisau

Bawalah plastik sampah bersaiz kecil untuk meletakkan sampah yang anda bawa. Jangan buang sampah merata-rata di dalam Taman Negara. Hargailah alam sekitar. Juga, bawalah pisau atau parang sebagai senjata keselamatan, dan untuk kegunaan lain.

8. Pakai Kasut Sesuai

Peralatan wajib pakai jika memancing di taman negara
Pakai atau bawa kasut sesuai untuk meredah sungai. Ia penting ketika mahu mencari lubuk Kelah di dalam hutan Taman Negara. Senang je cari kasut ni, dan harganya tak lebih daripada RM10. Kedai kasut lama-lama mesti ada jual.

9. Tali dan Pemetik Api

Keperluan Perlu Disediakan Sebelum Masuk Taman Negara Untuk Memancing
Tali adalah perkara penting yang perlu ada untuk masuk ke dalam Taman Negara. Ia adalah peralatan survival selain daripada pisau atau parang. Begitu juga dengan pemetik api, melainkan anda tahu cara nak hidupkan api menggunakan batu. Ia lebih baik daripada menggunakan mancis kerana mancis boleh basah terkena air dan mudah habis.

10. Ubat-Ubatan

Ubatan untuk persediaan memancing dalam Taman Negara Malaysia
Benda terpenting, terutama seandainya anda ada penyakit tertentu. Bawalah ia dalam kuantiti yang diperlukan sahaja. Manakala, first-aid-kit anda boleh dapatkan satu set untuk kembara di kedai atau pasaraya. Misalnya saya, keperluan first-aid-kit dibeli di D.I.Y. Anda boleh tambah ubatan lain seperti ubat luka, ubat pening, ubat cirit-birit dan juga ubat tahan sakit.

Ubat atau semburan hindarkan serangga seperti nyamuk dan agas pun boleh dibawa. Saya gunakan produk roll-on jenama KAPS yang berbau serai, yang dikatakan sesetengah boleh hindarkan serangga termasuklah pacat dari menghampiri.

11. Plastik Sarung Waterproof

Bekas plastik yang waterproof untuk simpan benda yang tidak mahu terkena basah air sungai atau hujan. Boleh simpan smartphone anda. Ia juga untuk simpan surat atau lesen kebenaran masuk ke Taman Negara serta Lesen Memancing.

Peralatan lain yang perlu dibawa juga adalah seperti kompas dan juga lampu suluh. Pun begitu, ini adalah peralatan optional. Kalau anda cuma memancing pada waktu siang dan tidak bermalam di kawasan lubuk memancing Kelah, boleh abaikan sahaja.

Okeh. Tu beberapa tips untuk persediaan masuk ke Taman Negara bagi tujuan memancing atau memburu ikan Kelah.

Nanti saya akan kongsikan beberapa tips lain mengenai percutian ini di post lain. Jadi, jangan lupa untuk terus membaca blog saya, dan pastikan anda langgan blog ini untuk dapatkan update post terkini ya .. :)

Err kalau tak tahu cara nak berpakaian masuk hutan Taman Negara Pahang memancing Kelah, boleh rujuk pada gambar di bawah .. huhu...
Cara berpakaian sesuai untuk memancing dalam Taman Negara
Oh ya, katakanlah terlupa nak bawa mana-mana peralatan dinyatakan atau ada yang tidak lengkap, boleh sahaja anda beli di kawasan jeti pintu masuk ke Taman Negara Pahang tu. Ada beberapa kedai yang jual segala kelengkapan untuk masuk dan memancing di dalam Taman Negara.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Teringin nak masuk Taman Negara tapi tak lepas2 lagi..ada jer benda nak kena settle..tgh tunggu kalau- kalau ada lagi blogger trip ke Taman Negara..

    ReplyDelete
  2. seronoknya sambil mancing makan maggi asam laksa. sungguh indah keindahan bumi malaysia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement