Trafik blog hasrulhassan.com untuk bulan Julai 2018. Jumlah trafik keseluruhan untuk bulan Julai 2018 nampaknya meningkat sedikit kalau dibandingkan dengan jumlah trafik blog pada bulan Jun, yang sebelum ini mencatat sebanyak 143,536 page views (PV).

Trafik Blog Untuk Bulan Julai 2018

Untuk bulan Julai 2018, blog ini telah berjaya meningkatkan jumlah trafik menjadi 161,110 PV. Alhamdulillah. Jumlah trafik blog yang agak baik.
Masih jauh dari sasaran bulanan saya.

Walaupun masih belum berjaya melepasi angka 200K PV sebulan, saya tetap berpuas-hati dengan jumlah trafik diterima untuk bulan Julai 2018.


Hmm... nampaknya saya perlu bekerja lebih keras agar usaha mendapatkan trafik maintain 200K sebulan tercapai.

Bukan mudah nak capai angka ratus ribu trafik (PV) ni. Banyak strategi nak kena dibuat. Apatah lagi jika sumber income itu bergantung daripada blog.

Sekarang mari lihat dari mana datangnya trafik ini  ....

Peratusan Trafik Julai Berdasarkan Negara

Berikut adalah peratusan trafik


AcquisitionBehaviour
UsersNew UsersSessionsBounce RatePages/SessionAvg. Session Duration
Malaysia40,962 (85.77%)38,534 (85.29%)53,346 (87.67%)16.69%2.60:00:23
France1,362 (2.85%)1,355 (3.00%)1,471 (2.42%)17.06%2.40:00:10
United States738 (1.55%)717 (1.59%)783 (1.29%)24.27%3.050:00:23
Indonesia523 (1.10%)513 (1.14%)610 (1.00%)15.25%2.770:00:22
Singapore345 (0.72%)323 (0.71%)442 (0.73%)12.67%2.450:00:11

Lebih 80% trafik atau PV yang terhasil adalah dari pembaca dan pengunjung dari Malaysia.

Ini memang normal untuk sebuah blog berbahasa Melayu.

Blogger Sepenuh Masa Bergantung Pada PV Tinggi

Blogger sepenuh masa seperti saya memang perlu memastikan blog menerima trafik yang tinggi. Pengiklan terutamanya suka dengan blog yang ada trafik tinggi sebab ia meningkatkan kadar view pada iklan mereka yang terpapar di blog.

Lagi-lagi dari syarikat pengiklan premium macam Innity yang hanya melibatkan blog yang ada trafik tinggi.

Kalau anda nak tahu, Innity antara syarikat iklan di Asia Pasifik yang kenakan syarat agak ketat untuk blogger memohon menggunakan Innity ni.

Jika anda nak apply platform pengiklanan dengan Innity, blog anda mesti kena terima lebih daripada 200K sebulan sebelum membuat permohonan. Jika syarat asas ini tak lepas, memang sia-sialah anda mohon.

Nak tahu tak?

Saya sendiri beberapa kali membuat permohonan dengan Innity sebelum ini. Jika anda pembaca setia blog saya, mesti dah baca mengenainya. Jenuh. Last-last, pihak Innity sendiri yang offer, selepas beberapa kali reject permohonan saya.

Tapi itulah, awal-awal je susah sikit nak memohon, sama juga dengan platform Adsense.


Adsense. Hmm walaupun syaratnya tiada kaitan dengan jumlah trafik, namun agak susah juga nak memenuhi beberapa kriteria khusus yang kadangkala sukar nak difahami.

Blog yang mahu memohon Adsense, mesti kaya dengan isi kandungan dan perlu lengkap dari segi struktur.

Oklah.

Saya harap trafik blog ini akan meningkat untuk bulan-bulan seterusnya, seperti yang saya rancangkan. In Sha Allah.

13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah HH Banyaknyelahhh PV blog HH kagum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm sbb banyak artikel. Kalau ada 1000 artikel, semua masuk Google, satu tu sumbangkan 3 views .. dah leh dapat 3000 views .. hehe

      Delete
  2. Tahniah HH. Teruskan berkarya. Akak terus membaca walau jarang komen.

    ReplyDelete
  3. huhue, jenuh jugak nak cari sebulan sampai 200k pv tu. masih ketinggalan di belakang. huhue

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ohh ada blog yang lagi hebat. Lagi juta2 sebulan ..

      Delete
  5. Tahniah HH .. Byak yg perlu dipelajari drp HH utk perbaiki blog sy..

    ReplyDelete
  6. Banyak nya Bro HH... Seronok dpt PV mcm ni...

    ReplyDelete
  7. semoga Tuan HH terus sukses mendapat apa yang diingini...

    memang benar la...

    PV adalah nadi kepada blog..

    tulis sehebat mana pun kalau tidak dibaca macam tiada makna juga dari segi nilai komersial

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement