As-Salam. Teringat kisah zaman duduk asrama semasa remaja (ecewah). EHh bukan kisah cinta yer.... ini kisah lain. Kisah yang maybe sesetengah orang cam remeh je nak jadi entri kat blog, tapi saya nak buat juga. Bukan apa, selipar merupakan satu aset yang sangat penting masa tu... dan juga ketika sholat di Masjid.
Semasa duduk di asrama, selipar boleh dianggap aset yang sangat penting. Jika nak ke tandas, kena pakai selipar, nak ke surau nak kena pakai selipar, nak pegi basuh kain pun nak kena pakai selipar. Duduk dalam dorm kena pakai selipar. Dan setiap hari sabtu, selipar kena 'ditayangkan' untuk inspection. Jika tak ada selipar, maka anda terpaksa dikenakan tindakan dimerit atau DC (detention class). Sampai begitu sekali pentingnya selipar ini.
Dan kerana itulah, ia sering hilang, samada dicuri atau dipinjam tanpa kebenaran. Selalunya berlaku ketika berada di surau dan di awal pagi selepas bangun tidur.
Itu episod selipar semasa saya di asrama, sekarang ada pula episod selipar yang selalu hilang semasa pergi solat jumaat dan solat sunat hari raya. Dan kepada yang mereka yang selalu berjemaah di masjid, situasi hilang selipar kadangkala berlaku juga walhal jemaah yang ada tak sampai pun 10 orang!
Jadi saya fikir nak bagi tips (walaupun sedikit merapu) dan cadangan bagaimana nak elakkan selipar dipakai/disimpan/diparkir tidak hilang dengan mudah atau menjadi sasaran si pencopek selipar. Tips ini ada yang saya guna pakai semasa berada di asrama dulu dan ada yang saya tambah sebagai salah satu cadangan.
10 Cara Supaya Selipar Tidak Hilang
- Jangan memakai selipar yang punyai jenama seperti Adidas, Nike, Dr Cardin atau Crocs. Sebaliknya gunakan yang berjenama tiruan seperti Abibas, Naik, Dr Kakdin, Broks, Selambaland. Lagi bagus jika anda pakai terompah kayu.
- Jika dah tak ada selipar yang seperti di atas, semuanya yang ada semuanya berjenama, maka simpanlah pasangan selipar anda di tempat yang jauh di antaranya; misalnya selipar sebelah kanan, anda letak di Masjid Jamek, selipar yang sebelah kiri, anda letak dan simpan pula di Masjid India (sekadar contoh).
- Gunakanlah saiz selipar yang berbeza, contohnya selipar sebelah kanan bersaiz 37, dan sebelah kiri bersaiz 45.
- Gunakan selipar yang sama kedua-duanya iaitu kedua-duanya kanan atau kedua-duanya kiri.
- Anda digalakkan untuk tulis nama pada selipar anda, siap dengan no tel ataupun no kad pengenalan agar senang dihubungi jika dijumpai. Lagipun ia amat mudah untuk pengesanan dan pengecaman jika dijual sebagai barang lusuh atau bundle.
- Andai ada kemampuan, pasanglah kamera & tracker dengan GPS secara tersembunyi pada selipar anda, agar anda boleh memantau dimana posisi selipar anda jika selipar anda di curi. Nak letak kotak hitam pun boleh.
- Gunakanlah selipar yang berbeza, selipar sebelah kanan warna pink dengan hiasan bunga matahari, sebelah kiri warna kuning dengan hiasan kepala tengkorak.
- Anda boleh mangga dan padlock untuk kunci selipar anda. Cara ini diyakini berkesan bagi kes2 di masjid.
- Letakkan sehelai kertas di atas selipar anda yang berbunyi ‘Selipar ini Ajoi yang punya ’ ; ‘Selipar ni murah, jual tak laku’ atau anda tulis pengumuman begini ‘Ini bukan selipar..! sumpah ini bukan selipar..!’
- Tips terakhir , paling ampuh dan yang paling berkesan ialah : Pakailah selipar jepun atau kasut, supaya anda tidak akan kehilangan selipar
hahahaha.... gila kentang tips nih... hahaha pecah perut gelak... huhu.... yg best part tulis nota tuh... perghhhh~~~~
ReplyDeletePakai selipar jepun & selipar buruk pun hilang gak bro :) senang citer berkaki ayam jela.. tak pun pakai stokin je sblm masuk masjid. sure stokin xde org nk amik kan? hehehehe
ReplyDeletehaahahhaah.. suka yg no 9 tuh.. sumpah ini bukan selipar.. hahaahahaha... epic!!
ReplyDeletecara yang lawak.. tapi ada logiknya jugak... wakakakaka... lawak best ditengahari utk hilangkan mengantuk!!!
ReplyDeleteTeringat waktu dulu, kawan2 yang datang ke mesjid waktu maulud nabi sanggup pakai selipar sebelah lain, sebelah lain demi mengelakkan kena curi dan balik berkaki ayam hahaha...
ReplyDeletehahaha......kelakar la abg HH......tpi best gak idea yg abg HH sarankan.
ReplyDeletesatu langkah lagi boleh buat mcm gini bang....jap erk saya link kan
http://amiraimanakashah.blogspot.com/2013/07/a-picture-speaks-thousand-words_17.html
Hahahaha! Terbaikkk tips bro HH! Tergelak bila baca! 3, 4, 7, 8 boleh cuba buat. Nak tengok ada orang berani ambil tak. Hehehe! :D Nombor 9 paling tak boleh blah. Sumpah ini bukan selipar?! :DD
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.