Itu cerita bab orang yang adakan kenduri - lebih tepat dikatakan kenduri perkahwinan. Bagaimana cerita dengan orang yang dijemput untuk kenduri kendara ini. Ada 2 golongan bila cakap bab dijemput kenduri. Satu golongan dijemput untuk tolong-menolong menyediakan dan bantu melancarkan majlis. Satu lagi pula dijemput untuk mengimarahkan majlis; dengan kata lain ... meh makan free .... :).
Panduan Ringkas Mengenai Adab Hadir Kenduri Kendara
15 Panduan Ringkas dan Adab Dalam Kenduri Kendara
Ada kala kita lupa yang kita punya adab dan tatasusila bila nak hadir kenduri ni. Jadi di sini saya singkapkan sikit untuk pengetahuan dan ingatan buat diri saya dan anda semua. Yelah, ada benda yang memang kita sedia maklum, tapi .. kadang kita lupa ... bila-bila lagi dapat jemputan dari sebuah keluarga yang gah namanya... huhu.- Jemputan hendaklah adil dan sama-rata; tanpa kira pangkat dan darjat.
- Jemputan secara umum tidak wajib hadir tetapi jika diundang secara khusus seperti menerima kad jemputan atau diundang secara lisan; anda WAJIB hadir (sebagai seorang Muslim).
- Wajar penuhi undangan lebih-lebih jika ia melibatkan keluarga terdekat.
- Majlis mesti bebas dari perkara-perkara haram seperti arak dan perbuatan maksiat.
- Duit perbelanjaan perkahwinan dari sumber yang halal.
- Jangan ada unsur politik, pilih kasih atau sakit-menyakiti di dalam majlis.
- Jika anda uzur dan penyakit itu boleh berjangkit - jangan hadir dan maklumkan kepada tuan yang menjemput.
- Amalkan sikap tolong menolong dan prihatin dengan situasi kenduri. Jika tengok majlis macam kelam kabut, jangan pula menambah kekalutan yang ada.
- Ucap terima kasih dan rasa syukur atas undangan yang diterima.
- Doakan keberkatan majlis dan kebahgiaan pasangan mempelai.
- Jika anda menerima banyak undangan. utamakan undangan yang paling awal diterima dan mengikut kesesuaian masa serta tempat; jika ada jemputan atau kenduri yang bertembung, cubalah sebaiknya memenuhinya walaupun sekejap.
- Berakhlak baik dan hormati tuan rumah semasa majlis berlangsung; termasuk dari segi pemakaian.
- Majlis kenduri bukan tempat untuk bermegah, mengumpat mengata atau mengadu-domba.
- Niatkan ikhlas akan kehadiran anda. Sesetengah mengharap dengan kehadiran mereka dibalas apabila tiba giliran mereka menjadi tuan rumah.
- Bawalah buah tangan atau setidaknya pemberian sedekah wang ringgit kepada tuan rumah.
[Baca] Cari Katering Bajet Sekitar Kuala Selangor? Lan CateringsSetiap majlis mahukan berkat, jadi jangan hadir dan melakukan perkara yang boleh hilangkan berkat; samada dari segi perkataan, perbuataan mahupun apa yang anda fikirkan. Jaga mata, jaga lidah.
Semoga bermanfaat.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.