Dan semua orang tahu, bahawa punca penyakit adalah dari makanan. Tapi penyebab sebenar bukan disebabkan wujudnya makanan ni tapi cara dan corak pemakanan kita. Bukan tak boleh makan benda berlemak dan berminyak, tapi berpadalah. Setiap makanan itu ada kebaikan untuk tubuh; cuma jangan terlebih makan dan jangan pula terkurang makan.
4 Mitos Tentang Makanan Yang Ramai Rakyat Malaysia Percaya
Macam-macam petua diberikan soal makan ni; tapi saya nak kasik lain skit. Ianya mengenai mitos mengenai makanan, mitos maksudnya disaja adakan tentang kebaikan/keburukan makanan tersebut sedangkan ia mungkin sebaliknya. Jom kita lihat mitos-mitos ini.Mitos 1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula. Benar atau Palsu?
Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah jerawat anda. Alah .. agak2 geram tu .. picit jer :P
Mitos 2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat. Benar atau Palsu?
Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk. Ia satu kepastian dari saya.
Mitos 3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi lebih sihat. Benar atau Palsu?
Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda. Tapi tak semua orang suka .... semua nak mudah.
Mitos 4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit boleh membantu kulit saya menjadi sihat. Benar atau Palsu?
Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya. Hmm.... apa pendapat anda?
Sumber: Mia Karmila dalam VF.
tips yang baik
ReplyDeletesaya ada juga terbaca supplemen utk tingkatkan kesihatan
www.rashidahjuhari.blogspot.com
erm... bar tahu ia mitos... nice sharing...
ReplyDeletenutrisi daripada makanan kita sekarang semakin rendah, kualiti pun semakin rendah. memang kena ambil juga suplemen, tp suplemen pun kena pilih yang selamat dan semulajadi. bila nutrisi badan cukup, memang akan jadikan kulit kita lebih sihat.
ReplyDeleteBersenam, meminum air bersih yang banyak, buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan zat pasti dapat membantu mengurangkan masalah jerawat. :)
ReplyDeleteBetul tu .. tapi buah buahan dan sayuran kena basuh betul2 biar bersih.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.