Salam.
Seperti biasa, saya pasti akan memberikan artikel 'udang sebalik batu' untuk entri. Lepas dah layan entri2 lain yang kadang-kala 'boring' nak baca bagi sesetengah orang, saya publishkan pulak entri yang santai dan relax. Jadi, meh layan kisah jari jemari ini. Ada tauladan yang patut kita singkap.
Seperti biasa, saya pasti akan memberikan artikel 'udang sebalik batu' untuk entri. Lepas dah layan entri2 lain yang kadang-kala 'boring' nak baca bagi sesetengah orang, saya publishkan pulak entri yang santai dan relax. Jadi, meh layan kisah jari jemari ini. Ada tauladan yang patut kita singkap.
Kisah Jari Gergasi
Pada suatu hari yg damai, seorang gergasi bangun dari pembaringannya. Dengan hati yg kurang riang, almaklum sejak dari semalam semua jari tangannya kebas-kebas. Mungkin dari akibat terlalu lama mengapak pokok. Si gergasi ini bangun dan mencari makanan, sambil termenung memikirkan surutnya pendapatan akibat taufan yg masih lagi memberi kesan kemusnahan keatas tapak semaiannya, dia mengharapkan agar sesuatu yg baik bakal menyusul selepas kerja-kerja pemulihan dilakukan. Dlm mengelamun itu, dia terlena. Tika ini lah kelima-lima jemari mula berbual sesama sendiri.
Si ibu jari: tahukah kalian bahawa akulah yg paling penting kepada tuan kita ini?Tanya yg lain: kenapa pula kau berkata demikian?Si ibu jari: tanpa aku, segala urusan rasmi yg melibatkan pengenalan diri tuan kita, tidak sah, kan ke aku yg diambil copnya untuk pengesahan, kau semua mana layak! jawab ibu jari.
Dengan yakin jari telunjuk pula berang, Hoi, aku lebih berkuasa dari kamu semua. Kalau tuan kita nak mengarahkan orang lain untuk buat kerja, dia cuma memerlukan aku sambil duduk saja, tak payah susah-susah dakwa sitelunjuk dengan bangga.
Ha! Ye le kamu je yang bagus, akulah yang paling tinggi kedudukan ku antara kamu semua, dan yang tengah diapit oleh kamu semua, sudah tentulah aku yg paling istimewa, malah nama aku je dah menggerunkan bantah si jari hantu.
Hoi, dengar sini semua, kalau takat tinggi, boleh mengarah, dan diambil cop je, tapi tak kaya tak guna gak, kamu semua tahu, akulah yg paling kaya diantara kamu, lihat tuan kita tidak pernah menanggalkan cincin batu berlian ini dari badan ku, pastilah aku yang paling dia sayang dan dihargai tukas sijari manis penuh bangga.
Sejak dari tadi, jari kelingking yang berdiam diri akhirnya bersuara dengan lemah dan sayu. Sudahlah, kamu semua, tak baik kita bercakaran, walau pun aku yang paling kecil dan halus pula tu, tapi aku juga ada memberi kebaikan kepada tuan kita, yelah walau hanya tugas yang tidak mulia, setakat membuang kotoran dari lubang hidungnya, kalau aku tak buat dan lubang hidungnya tersumbat dia tak bernafas, lalu mati.. kita semua dah takde fungsinya lagi terang sikelingking penuh sayu.
Hehehe... aha ... agak2 dah faham mesej yang nak disampaikan ni tak? Hmm jadi janganlah kita memandang rendah orang lain walaupun dia memang rendah orangnya .... sebab sebagai salah satu kejadian Tuhan, kita semua ada tujuan, ada motif. Begitu juga dengan makhluk lain, walau ia seekor babi sekalipun, ada sebab mengapa Tuhan menjadikan dan menghidupkan ia di dunia - padahal ia haram, Tuhan boleh saja melupuskan ia dari muka bumi ini.
Maka, walau kita pakar sehebat mana sekalipun, JANGAN sekali-kali kita meremehkan orang lain. Mereka punyai kehebatan lain yang kita sendiri tidak tahu, jangan nanti kita malu dek kerana bongkaknya kita terhadap kelebihan dari pinjaman Tuhan.
Artikel ini diperolehi dari komuniti VF.
alhamdulillah
ReplyDeletedapat pengajaran berguna daripada si pengorek idung..
komuniti VF? ape tu?
VF - virtualfriends .... saya dah berada dalam komuniti ni sangat lama ... dah hampir 10 tahun dah. Banyak aktiviti, tetapi blogger kurang dapat perhatian di sini.
ReplyDeleteNak tahu, trylah google .. hehehe
wah cerita menarik dan pengajaran dia bagus sekali..hehhe :)
ReplyDeleteooo yeke...baru first time dengar
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.