Sebenarnya kita ada banyak produk yang hebat. Contoh paling sempoi ... produk Bedak Sejuk. Saya ada cerita sebelum ini berkenaan usahawan IKS yang sudah menapak berani mempromosi produk dan bisnes yang dulunya dianggap bisnes orang kampung. Promosi bukan promosi letak flyers di cermin kereta ye .. ni gunakan Adwords - mempromosi produk ke serata dunia secara online.
Belilah Produk Buatan Malaysia
Packaging semua memang nampak hebat. Ada tu, saya ingatkan produk buatan oversea...rupanya ia buatan Malaysia! Banyak yang saya dapat tahu tentang apa itu produk buatan Malaysia di ekspo tersebut. Tak sangka kita punya banyakkkkk produk dan barang berkualiti dan ada di antaranya bertaraf antarabangsa, siap ada sijil dan dapat award lagi. Taraf ni saya betul-betul maksudkan .... "Ehhh ye ke nih? Buatan Malaysia? Buatan tangan?"
Tips Shopping - Belilah Produk Buatan Tempatan
Cukup tertarik dengan cara pembungkusan yang perghh .... memang tabik la. Dan menariknya, kebanyakkan produk2 ini asalnya dibuat dan merupakan bisnes dari rumah. Dan ekspo ini mendedahkan segalanya ..Dalam ekspo yang saya pergi ni; kat Pisa, Penang, saya dapati ramai juga yang hadir, siap ada datang dengan rombongan bas lagi. Dan pada saya, ia merupakan ekspo produk terbaik - sebabnya ada banyak pilihan, harga yang leleh serta leh dapat percuma beberapa produk dan sampel. :) - haaa ini teknik marketing yang patut ramai cuba.
Ada tu, saya ditawarkan 3 telefon bimbit dengan harga RM399! Tiga bijik tu dengan harga bawah RM500 siap ada wifi! Tetapi saya tidaklah seghairah tu, dah ada Sony Ericsson w301i (ketika itu pun dah ok dah .. tak yah nak canggih sangat.
Dan .... bukan mak pak je yang teruja .. anak-anak pun sama bila pertama kali dapat tengok boria secara live! dan dapat banyakkkk makanan percuma .... yeay ... kesimpulannya; produk Malaysia bagus dan berkualiti .. tak perlu bangga sangat dengan produk luar .... kerana saya tengok ada Mat Salleh yang borong produk Malaysia sebab dia kata ... "Ohhh this is wonderful ... very nice indeed".
Apa Anda Dah Dapat dari Blog Post Ini?
Pengajaran dari perkongsian ini ...- Belilah barangan buatan Malaysia
- Produk Malaysia dah setaraf kualiti antarabangsa
- Shopping di ekspo seperti ini menguntungkan dan berbaloi
- Ajar anak-anak untuk hargai produk tempatan dan bangga dengannya
- Ada support dari kerajaan serta swasta untuk promosi produk IKS
- Nak jimat dan supaya tidak boros, berbelanja dengan duit poket yang terhad
- Fikir sebelum berbelanja
- Usahawan kena create awareness mengenai bisnes dan produk mereka
Semoga entri republished ini dapat dimanfaatkan.
Banyak manfaatnya dari post ini. Beli mengikut keperluan tak kiralah ketika murah sangat2... bimbang nanti membazir pula :D
ReplyDeleteBarang buatan tempatan pun sebenarnya ada kualiti yang bagus seperti produk luar cumanya promosi dan exposure kita terhadap produk buatan Malaysia masih lemah. Malahan, pasaraya di negara ni beri kuota yang agak terhad kpd produk kita sendiri terutama yg iks..sekadar pandangan
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.