As-Salam.
HH ingin kongsikan sedikit info mengenai pengalaman dan cerita tentang blog, HH dah veteran, tak macam anda semua yang giat cergas, penuh bertenaga. Ilmu pun lebih banyak daripada HH ni. Bab teknologi memang HH ketinggalan la.

Ini merupakan catatan daripada segmen lama yang pernah HH sertai dalam tahun  awal bulan April 2010. Sengaja diubah balik untuk tatapan blogger-blogger baru yang singgah di sini.

Blog Oh Blog
  • Saya dah berblog sejak Mac 2008 kalau ikutkan profile blogger sayalah. Iaitu lebih kurang setahun selepas server blogger ditempatkan ke server Google (Google beli blogger pada tahun 2003).
  • Seingat saya, tak ada siapa pun yang pengaruhi saya untuk membuat blog. Pada mula saya buat blog, saya lebih kepada ingin mencuba - saya gila internet masa tu; sindrom orang berkelulusan software engineering. Ada benda baru je, saya akan cuba. Dan akibat cuba mencuba - saya ada lebih 10 blog dalam 2 akaun berlainan! Tapi kini dah kurang dah .. semua dah kena cut .. tapi still lebih dari 4 blog ... ngeeee~
  • Pertama-tama bila dengar perkataan blog dan muncul di dalam kepala adalah ia merupakan web peribadi. Terkenal pada asalnya untuk menulis kisah2 peribadi .. ibarat punyai diari dinamik di internet (on that time .. it was the coolest thing ever lah~).
  • Sumber inspirasi saya dalam dunia blog ni ramai - sejak awal2 mula berblog tu, adalah 2-3 otai ni tapi kebanyakkannya tu bergiat dalam dunia marketing dan juga pengiklanan Adsense. Lepas tu, blog2 photog yang membuakkan naluri saya untuk photoblogger. Nama? Tak ingat ler ... hehehee
  • Bagaimana saya nak terangkan pada rakan-rakan apa itu blog? Saya suruh je derang ni salin atas kertas: http://hasrulhassan.blogspot.com (www.hasrulhassan.com) dan tengok sendiri. Kalau dok cerita-cerita macam borak kedai kopi .. tak menjadi kecuali kalau ada WIFI Free yang boleh on the spot tunjuk blogHH ni.
  • Blog dulu tak sama dengan blog sekarang. Dulu blog tak banyak dan tak sehebat sekrang. Kini hampir semua yang guna IT ni ada blog, dari remaja belasan tahun sampailah umur dah lepas pencen (CTH: Tun M). Kerana apa? Kerana media arus perdana lah jugak yang kasik berita dan coverage. DUlu takde pengaruh, sekarang dah ada pengaruh sejak tercetusnya BLOGGERS UNITE. Dan secara peribadi, ia memang ada pengaruh secara tidak langsung - bil lektrik naik skit, makan sikit, TV dah hampir dilupakan dan asyik berebut dengan anak nak guna internet! hahahhaa...

Dulunya ini kata HH:

Ok .. dah selesai saya jawab segala persoalan menerusi Blog Oh Blog .... kepada yang membaca entri ini, saya ucapkan terima kasih. Kalau suka .. klik la LIKE yer ... lagi best kalau ikut jadi follower, saya nak bersaing ngan Ben ni. Tapi, janganlah jadi follower sebab saya suruh pulak ehhh .. nanti jadi tak jujur dan tak ikhlas ... :) kalau suka apa yang saya dok buat dalam blogHH ni .. barulah sign in dan follow ..

**p.s: Saya nak bukak akademi ni .. jadi penting nak ada follower ... hehehee ... 
*** DenaiHati dah mulakan dulu ...huhuuhu Akademi Blogger DenaiHati



10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam...nak ziarah ni...waaa..minat fotografi yer jugak abg/pak cik???

    ReplyDelete
  2. heheh salam kenal..BA ni mcm2 segmen ade

    ReplyDelete
  3. ulasan yg hebat!!!....jom tgk saya punya pulak...

    http://ninenov91.blogspot.com/2010/12/blog-oh-blog.html

    ReplyDelete
  4. wah..software engineer eh..dasyat!
    ok dah baca..
    saya plak ada 2 akaun blog..ekeke

    selamat bersahabat blogger..kip in tac

    ReplyDelete
  5. saya pon minat2 gak photography2 ni..
    tggu kne beli dslr..hahha

    ReplyDelete
  6. salam singgah, jemput ke blog buruk saya jugak ea? hehe, nice entri, keep it up oke (:

    ReplyDelete
  7. Salam...
    yer .. saya minat fotografi sejak dari kecil lagi. Kepada yang minat ... join dulu mana2 forum photografi .. untuk tahu detail ttg kamera .. then decide.. jgn beli dulu DLSR sebelum tahu sikits2 pasal ilmu dia .. skit pun jadilah.

    ReplyDelete
  8. saya sokong kalau HH nak bukak akademi ..saya support dan bagi intention sepenuhnya pada akademi tu ..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement