Gambar hiasan semata - Foto: Lensahasrul |
Salam,
Dulu kisah si Seman yang bermenantukan anak Pak Kasim; yang buat hal bila waktu solat Maghrib. Ini pula kisah si Mamat pula [Klik sini kalau nak baca]. Aduhai ... macam mana ni? Salah sistem pendidikan negara kita kah? Salah ibu bapa kah? atau salah saya kah yang nak ketawa berdekah2?
Meh kita ambik pengajaran dari jenaka selamba ini, kisah si Mamat; pasangan kepada Minah si gadis cun melecun dari Kg Cekodok, Batu Pahat. Buat lelaki-lelaki, bukan mudah nak menjadi ketua rumah tangga. Jangan ingat bila dah lepas kursus kahwin, dan dah lepas kena tanya dengan Tok Kadi, anda boleh buat selamba dengan amanah Tuhan buat keluarga. Jangan jadi begitu, sebab tak baik ....
Baru kes kena tegur dengan Pak Mertua, apa nanti jika anda kena tegur begini dengan anak anda?
"Abah, abah tak solat suboh yer? Amri dah solat .... !" (ayat ini tiada kena mengena dengan cerita yang akan dipersembahkan .. hehehehee)
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat Subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat Subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun mendirikan solat Subuh. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat Subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. iya ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."
Masya Allah. Mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...
**p.s: Kadangkala kita lalai, siapa yang lebih baik menegur selain dari keluarga kita sendiri?
hehe lawak ni, tapi still tak boleh kalahkan kes kritikal tu haha
ReplyDeletetapi bukanlah nak berlawan mana yg lebih lawak, soal pengajarannya perlu diambil kira,
bayangkan solat subuh di masjid bilangan jemaahnya sama seperti solat jumaat..semoga kita berjaya mengecapi zaman itu..
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.