8 Tips Memenangi Hati Si Anak. Susah ke jaga anak ni? Itulah yang akan ditanya bila ada pasangan bercadang nak dapatkan anak setelah asyik menumpukan perhatian pada kerjaya. Bagi diri saya ... jaga anak adalah satu keistimewaan yang tak akan diperoleh dengan mudah. Ia satu anugerah. Anak adalah penyeri dalam kehidupan berumahtangga, dan secara lahiriah ia menunjukkan kelangsungan keturunan.

Bila ditanya kepada saya, bilakah masa paling sesuai untuk mendapatkan anak .... saya akan berkata ... tiada masa yang sesuai. Malah jika kita asyik menunggu masa yang paling sesuai ... sampai bila-bila pun kita takkan dapat menikmati anugerah Tuhan ini. Dengan merancang yang tak perlu ... pastinya anda akan berasa sulit untuk menimang cahayamata.

Terniat sahaja di hati untuk punyai anak - teruskan saja, tak perlu fikir soal susu, lampin dan sebagainya dulu. Kerana ia akan datang secara automatik bila anak itu lahir ke dunia. Itulah sebabnya ia dinamakan rezeki dari Tuhan, kerana lahirnya dia ... membawa rezeki dalam keluarga. Ia bukan mudah diperolehi ... kerana si ibu terpaksa membawa kandungan 9 bulan 10 hari. Berpantang makan ... mengawal pergerakan... dan sangat penting menjaga kesihatan dan kelakuan.

8 Tips Memenangi Hati Si Anak

8 Tips Memenangi Hati Si Anak
Fasa seterusnya selepas menerima dan menimang cahayamata ialah didikan. Anak perlu dididik mengikut acuan yang betul, bagi kelangsungan keturunan dan paling penting, mereka adalah anugerah Allah yang dikurniakan agar dapat memberikan kelebihan apabila kita mati kelak. Anaklah yang akan menyediakan jambatan khusus untuk ibu bapa mendapat pahala yang berterusan. Jika soleh, maka lapanglah ... jika tidak, bersedialah untuk hadapi sesuatu yang telah dinyatakan di dalam Al Quran.

Jom Ikuti 8 Tips Memenangi Hati Si Anak

Meh ikuti beberapa tips di bawah ini, untuk memenangi hati si anak ... sebagai salah satu kaedah untuk mendidik mereka menjadi insan kamil, in Sha Allah.
  1. Pujilah anak selalu agar dia sentiasa rasa gembira.
  2. Beri tumpuan ketika anak bercakap walaupun bahasanya kurang difahami.
  3. Jangan marahkan anak atas kesalahan yang dia tidak buat.
  4. Selidik dahulu perkara sebenar.
  5. Sentiasa maafkan anak kerana kanak-kanak sedang membesar sering melakukan pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kemarahan ibu bapa.
  6. Jangan paksa anak melakukan aktiviti yang dia tidak gemari.
  7. Jadilah rakan karib kepada anak-anak
  8. Berikan sokongan padu dalam setiap aktiviti yang anak lakukan. Jika berjanji, jangan mungkiri.
Untuk lebih tips dan panduan untuk didik anak, saya syorkan anda membaca Panduan Didik Anak sebagai rujukan. Dapatkan panduan ini jika anda serius mahukan anak-anak berjaya dunia akhirat. Ilmu ini bukan semua orang boleh dapat, hanya anda sahaja yang istimewa .. kerana anda tahu nilai sesebuah kekeluargaan, dan tahu menghargai pemberian anugerah Allah S.W.T.

Anda beruntung mempunyai anak sampai berderetan bila beratur. Tetapi, bukan semua orang mahupun pasangan yang diberikan rezeki ini. Ada yang menunggu sehingga bertahun lamanya untuk mendapatkan zuriat sendiri, namun masih lagi buntu dengan segala usaha. Ada pula ... baru sahaja menamatkan bulan-bulan penuh mesra (honeymoon) ... terus diberi berita gembira - kata orang tua2 .. bunting pelamin.

Dah dapat anak? Jangan persiakan kurniaan Tuhan ini. Didik dengan sebaiknya .. kerana umum tahu ... seorang anak itu lahir ibarat kain putih .. hanya kita sebagai ibu bapa yang akan mencorakkan keperibadian anak tersebut. Jika hitam .. hitamlah ia ... jika putih ... maka putihlah dia.


8 tips memenangi hati anak yang saya kongsikan ini hanyalah sebahagian daripada kaedah didikan. Ada banyak lagi perkara yang ibu bapa perlu fahami, tanggani dan hadapi apabila berdepan dengan segala macam karenah anak-anak. Lakukan cara atau tips yang telah saya berikan ini sebagai panduan untuk kita bersama dalam menjadikan anak-anak kita, insan berguna terhadap agama, keluarga, bangsa dan negara.
    Nota akhir, kehidupan si kecil tentu lebih ceria apabila perhatian dapat kita berikan sebaiknya. Namun janganlah terlalu memanjakan mereka kerana perbuatan itu juga bakal memudaratkan kelak. Displin dengan kasih sayang, dan ingatlah sentiasa bahawa anak itu merupakan anugerah dan pemberian dari Tuhan.


    2 Comments

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    1. Betul tu tuan, kalau nak tunggu masa sesuai, rasanya makin lama makin susah.. Elok difikirkan apa kesempatan yang boleh dilakukan dan paling penting setiap MASALAH adalah rintangan, bukan bebanan.

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    Previous Post Next Post

    Advertisement

    Bisnes Shopee

    Advertisement

    BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

    Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


    Advertisement