Kanak-kanak punyai ingatan yang kuat. Foto:Lensahasrul |
Salam semua,
Bila ada anak yang bersekolah, tentu agak sibuk sikit di pagi hari. Dan jadual yang biasa-biasa, dah jadi luar biasa sikit. Kena buat adjustment. Yelah .. dulu .. kalau bangun .. tak fikir apa .. cuma fikir nak pergi kerja, skang ni .. nak kena fikir anak ke sekolah, nak siapkan baju sekolah dan apa-apa yang patut. Mungkin awal-awal agak kelam kabut. Tapi kata orang, "alah bisa, tegal biasa".
Itu satu kesah, bila berkomunikasi dengan kanak-kanak kecil, jangan sesekali pandai menjanjikan sesuatu dengan derang ni sebab ingatan mereka sangat kuat, apatah lagi kalau janji itu berkait dengan apa yang mereka suka. Pasti parah dan naya bila mereka inginkan apa yang dijanjikan - lebih2 lagi jika sukar nak ditunaikan dalam waktu terdekat.
Hebatnya ingatan kanak-kanak ini, saya ingin kongsikan satu cerita ini yang telah dialih bahasakan daripada kisah lawak asal . .. hehehe ... apapun saya mohon maaf kerana anda mungkin tersinggung.
Jangan Tipu Budak Kecik
Seorang pemuda hensome (bukan saya ehh) yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya.
Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab, "Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit". Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. "Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.
Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat. Seorang polis menanyainya, "Apa yang terjadi?"
"Saya tidak tahu.Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini.
Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"
Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.