Isteri saya dan Zikri. Foto: Lensahasrul |
Salam semua.
Kejap je dah seminggu ehh ... esok lusa bermula minggu baru ... bermula cerita seminggu yang baru. So apa cerita korang semua dalam minggu ni? Berbaur suka duka? Atau ceria sentiasa?
Ok .. nak tanya ni .... ramai ke sang isteri yang duduk baca entri di Bangku Kosong ni ehh? Sukar saya nak tahu. Yelah ... buka ada teropong atau web cam canggih yang dapat usyar. Tapi saya andaikan ajer ... yang saya pasti .. ramaiiiiii yang belum kawin ... yang tunggu masa nak kawin yang selalu lepak kat sini. So terima kasih.
Kali ini saya nak bawakan entri untuk para isteri. Sekadar panduan dan renungan je. Ia merupakan artikel daripada Dato. Dr. Hj Fadzilah Kamsah (DFK). Dan bagi para suami, anda juga boleh share knowledge ini buat isteri anda yang tak ada blog dan tak pandai nak baca blog .. ehhh ada ke? hehehee...
Di awal perkahwinan, baik lelaki mahupun perempuan .... semua masih nampak indah. Masih geli geleman dan memalu. Naik setahun ke setahun ... dan apabila punyai anak ... sedikit demi sedikit ada perkara yang kita tolak ke tepi skit demi sedikit.
Apa yang diinginkan oleh lelaki bila berkahwin? Kebanyakan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
Menurut DFK; Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..."
Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.
Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka lupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.
Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan. Apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.
Jadi pastikan diri anda sentiasa berada dalam kedudukan yang betul. Anda menjadi isteri dulu ... baru menjadi ibu .. jadi .... mana yang datang dulu? So .. pandai2lah berbahagi masa dan jangan abaikan apa yang sepatutnya anda lakukan sebagai seorang isteri.
**p.s: Isteri saya terbaekkkk .... :)
kome sokong tu,
ReplyDeletesetelah bergelar ibu ramai suami terabai...huhuh
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.