Comel tak stokin ni? Foto: Lensahasrul
Salam semua.
Ada sesapa si suami nak tambah sorang lagi? Erkk saya bukan cakap pasal anak la .. ishh ...  tu sengih2 pesal pe lak tu cik abang? Haha ... adehh lelaki ohh lelaki. EHh saya pun lelaki. Bukan senang nak kawin lebih dari sorang ... hmm kawin tu mungkin la senang kot ... tapi nak menjaga hati dan perasaan .. bagaimana? Dah la hati dalam badan tu ada satu je. 

Kepada yang teringin tu ...  dan kepada isteri lak ... cuba layan kisah ni.... mana tahu, leh perangkap si suami yang ada hati nak berlebih isteri ....  dan si suami ...  hati2 juga bila menjawab soalan si isteri .. takut memakan diri. Sapa susah? andaaaaa jugakkkk ... 

Jika Takdirnya Dia Mati

Seorang isteri bertanya kepada suaminya, jika ditakdirkan dia mati, adakah suaminya itu akan berkahwin lagi.
Suami: Selepas berkabung beberapa ketika, abg fikir, abg patut kahwin. Setiap orang perlukan teman, kan?

Isteri: Habis... dia akan tinggal di rumah ini?
Suami: Abg dah byk habiskan duit utk rumah ini, takkan nak tinggalkan begitu sahaja. Ya... dia pasti tinggal di sini.
Isteri: Katil yg baru kita beli ini pun jadi tempat tidurnya??
Suami: Yalah... takkan nak beli katil lain, katil ini kan masih baru, mahal pulak tu!
Isteri: Kalau begitu, set golf yg baru saya beli tu pun jadi miliknya?
Suami: Itu tak mungkin... kerana dia kidal!

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kwang3..
    ada x si isteri tu cakap
    'kalau abg kawen lg..sy akan jd hntu g kaco bini baru abg"??ahakssss

    ReplyDelete
  2. Haha sah2 dah ade calon sebelum bini mati hehe siap cakap kidal tuh..kantoi

    ReplyDelete
  3. @qemaishak Itulah pasal . .. moral of the story la tu

    ReplyDelete
  4. isteri masih lagi hidup, suami dah pasang lain...
    hawau...

    ReplyDelete
  5. mesti isteri dia tak mahu mati heheh atau suami kena belasah dengan kayu golf isteri.ish tak boleh pula,derhaka nanti Ahaks!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement