Hari yang ceria buat anda ke hari ini? Ada ke yang muram durja dan susah hati? Alahai ... tak naklah gitu dik, hmm apa kata hari ini baca kisah lawak. Sesekali saya cuba kongsi sedikit sebanyak kisah lawak agar dapat buat sedikit senaman rongga mulut, agar wajah tak mudah cepat jadi tua akibat selalu terkerut-kerut.

Mungkin ada yang pernah baca kisah ini. Saya nak tampilkan kisah Razak dan si Toyol. Aha ... ada banyak citer pasal toyol ... dan semua sedia maklum, kerja si toyol ni adalah mencuri. Kalau ikut cerita orang-orang lama, Toyol ni kalau mencuri dia tak ambil habis, pasti akan ditinggalkan sedikit 'baki'; kiranya toyol kategori hantu jin yang ada hati dan perasaan jugalah .. hehehe... tak kejam sangat macam sesetengah tu. Manusia pun mencuri merompak depa pi balun habis lincin, tetapi tidak pada toyol.
Kisah Razak dan si Toyol
Lagi satu, perangai si toyol ni dia akan ambik duit dari tempat yang susah nak ambik ... kalau letak atas meja ke ... sepah2 ke .. dia takkan ambik sebab dia tahu .. tuan punya duit akan cepat perasan.

Kawan saya yang dok Bukit Beruntung hari tu ada ceritakan tentang kewujudan makhluk ni di sana ... dan dia adalah antara mangsa si toyol .. kata dialah. Dan sebagai seorang kawan ... dan dari kredibiliti dia .. saya tak percaya dia menipu. Tapi apa pun ... meh kita baca kesah Razak ni pulak.

Kisah Razak dan si Toyol

Kata orang ada pelbagai cara nak halang hantu toyol dari memasuki rumah. Ada pelbagai petua dari orang-orang tua ... namun Razak ini ada petuanya tersendiri.

Razak terpaksa ditugaskan keluar kota. Beliau menyewa sebuah banglo usang yang telah lama tidak berpenghuni. Pesan beliau pada isteri dan anak-anak, dalam tempoh seminggu beliau akan pulang mengambil mereka untuk tinggal sekali dengan beliau di banglo tersebut.

Pada suatu malam, malam pertama, Razak terdengar riuh rendah di dapur. Dengan beraninya beliau menjenguk dan alangkah terkejutnya beliau mendapati seekor toyol yang sedang lahapnya menjamu apa sahaja makanan di dapur.

Lantas, beliau membaca ayat-ayat yang pernah beliau pelajari dan dengan tiba-tiba toyol itu terketar-ketar memohon maaf padanya.

Toyol: Maafkan aku....aku lapar.
Razak: Takperrr....aku maafkan tapi dengan syarat.
Toyol: Apa dia? Aku rela penuhi syarat engkau asalkan aku boleh makan.
Razak: Syarat pertama, engkau jangan ganggu anak isteri aku nanti.
Toyol : Alahhhhh... kacang ajer.

Razak: Dan yang kedua..aku memang boleh bagi engkau makan yang sedap-sedap tapi engkau kena bereskan satu tugas..
Toyol: Apa tugasnya?

Razak: (Sambil memusing badannya ke belakang dan mencabut seurat bulu ketiaknya) Nah... aku nak engkau luruskan bulu ini..selagi ianya tak lurus selagi itu engkau tak boleh makan.
Toyol: Alahhhhh... lagi kacangggggg... ..

Sejak malam itu, setiap saat dan ketika si toyol berkenaan menjalankan tugas yang diberikan. Saat berganti jam berganti hari, namun bulu tersebut tak jugak lurus-lurus.. puas si toyol mencuba namun gagal.. Sudah hampir 6 hari si toyol tidak makan.. dia terlalu lapar. Namun memandangkan takutnya dia pada 'ayat-ayat' yang dibaca oleh Razak, beliau tetap tekun.

Pada suatu hari seperti dijanjikan, datanglah isteri dan anak-anak Razak tinggal bersama beliau. Si toyol patuh pada syarat pertama. Sedikit gangguan pun dia tidak lakukan pada isteri dan anak-anak Razak.

Pada suatu pagi, seperti biasa Razak ke tempat kerja. Tinggallah isteri dan anak-anak di rumah. Si toyol begitu leka meluruskan bulu ketiak Razak di hadapan pintu tanpa nampak dilihat oleh mata kasar anak-anak si Razak; serta isteri Razak. Hanya Razak yang mampu melihat kelibat si toyol berkenaan. Sedang asyik si toyol menjalankan tugasnya, tiba-tiba.. gedebokkk!!!! isteri Razak jatuh tersungkur di hadapan si toyol sambil kain yang dipakainya terselak ke atas perut... Alangkah terkejutnya si toyol... .

Toyol: Makkkkkk... mati aku... banyak lagi bulu yang nak kena lurus daaaaaaaaa... ...

Selepas kejadian itu..larilah si toyol dan tidak datang-datang lagi ke banglo berkenaan.....

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement