As-Salam. Suka nak banding antara lelaki dan perempuan .... selain obvious kelainan dari segi fizikal; terdapat juga perbezaan dalam lain-lain hal. Kali ini HH nak highlight sikit perbezaan ini. Mungkin ramai yang dah baca entri seperti ini sebelum ini, tapi mungkin tidak pernah membacanya di sini. 

Kepada mereka yang belum tahu, inilah masa nak tahu dan nak ambil perasan. Kerana ianya memang berlaku hampir setiap hari. Benar atau tidak, anda sendiri yang tentukan. :) Tapi rasanya nanti akan ada juga yang mengaku kebenarannya ... jom tengok apa yang saya katakan perbezaan itu.

Observation untuk perbandingan antara lelaki dengan wanita semasa pergi rehat waktu lunch.

Kehidupan Biasa Blogger Lelaki

  1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
  2. Sampai kedai makan, masuk
  3. Ambik Pinggan
  4. Letak nasi
  5. Letak lauk
  6. Ke kaunter, bayar nasi dan air sekali
  7. Makan
  8. Habis makan
  9. Kalau perokok .. dia akan merokok dulu
  10. Balik ke opis atau
  11. Terus ke surau
Sekarang kita tinjau lak apa yang perempuan buat dalam situasi yang sama.


Kehidupan Biasa Blogger Perempuan

  1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
  2. Perhatikan orang waktu jalan
  3. Sempat mengumpat dulu
  4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
  5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri
  6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
  7. Ramai orang, cari kedai lain .. tak kuasa nak beratur lama-lama
  8. Jumpa kedai .... masuk sambil betulkan tudung atau rambut
  9. Survey lauk, tengok selera macam mana
  10. Ambik pinggan yang letak tengah-tengah
  11. Belek-belek pinggan. Nak tahu bersih atau tak bersih .. kalau tak ... cari pinggan lain atau kedai lain
  12. Dah puas ati, ambik nasi
  13. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
  14. Tak sah kalau tak ceduk 2 ... 3 kali
  15. Buang balik nasi yang dah ceduk sebab tetiba teringat nak diet
  16. Godek2 sikit nasi dalam pinggan ... takut jumpa benda yang tak sepatutnya
  17. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
  18. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
  19. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling apa orang lain ambik
  20. Ambil lauk sambil bergosip dengan kawan
  21. Pusing lagi tempat lauk ... cari sayur pulak
  22. Ke kaunter bayaran
  23. Tgk2 nasi dlm pinggan
  24. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
  25. Sampai depan kaunter "berapa?"
  26. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
  27. Keluarkan duit
  28. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
  29. Bayar..... berdiri sambil masukkan duit baki
  30. Tinjau-tinjau tempat duduk.
  31. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
  32. Cari tempat duduk lain
  33. Dah jumpa..... duduk sambil betulkan baju dan tudung atau rambut
  34. Alamak.... air tak order lagi
  35. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung atau baju
  36. Order air
  37. Bangun
  38. Ambik sudu
  39. Duduk
  40. Bangun
  41. Ambik Tisu
  42. Duduk
  43. Air sampai
  44. Belek dompet (Step tadi)
  45. Bayar
  46. Minum air dulu .. pastu baru mula makan
  47. Tengok-tengok orang sambil makan
  48. Makan separuh..kenyang...sebab dah minum air
  49. Letak sudu, letak garpu
  50. Pinggan tolak tepi
  51. Borak2 kater makanan tak sedap
  52. Ngumpat2..tgk orang
  53. Pukul 2, naik opis..
  54. Ambik beg makeup, g surau .....
Heh ... ada yang HH ubah dan tambah buang ... :) kalau nak detail sangat nanti marah lak kaum Hawa. Tapi betulke realitinya macam ni? Hurmmm .... ada ramai wanita baca blog ni .. apa pendapat korang? Lelaki ... tentu sekali akan cakap ... "Ehh betullah!".

Oppss marah kak? Janganlah marah yer .. sekadar seronok-seronok je. :) Maaf ye kalau rasa tersinggung. Kesimpulannya .. perempuan lebih detail dan cerewet.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement