Buat macam ni kat sini: SeeNow.com
Salam semua ...
Entri kali ni agak kalut2 skit .. sebab macam rojak .. nak buat entri ringkas .. macam tak best je untuk satu2 topik .. so saya simpul2kan dalam satu entri ... simpul biasa ..leh bukak .. bukan simpul mati doh. Apa yang saya nak kongsikan ini yer? 

Rangka Ayam
Dulu kecik2 marah orang ... kenapa bagi anak makan tulang? Dulu tak ada pun rangka ayam jadi rebutan .. kini bila dijual di pasar malam sampai RM2.50 .... dulu singgit je ... pastu ... bukan makanan betul2 pun .. rangka tu ... rangka! Rangka = tulang. Boleh tercekik kalau makan. Dulu mak marah .... skang mak pun kaki makan rangka .. uhh termasuklah anak2 ..  dan cucu-cucunya.

Bayaran Tertunggak Dua Bulan Kerana RM20
Apa kes nih? Aduhhh ... kalau kita bayar lebih ... tak pulak nak ucap terima kasih ke .. bagi souvenier ke .. ini tidak .... tapi bila kita terbauar kurang terus je cakap ... encik dah tertunggak 2 bulan? Apa nih? Sistem sucks macam ni boleh digunakan ke? Menyusahkan betul la. 

Saya bayar duit kereta bulan ni .. kurang RM20 sebab mesin CDM tu tak leh terima singit2 dan lima hinggit. Sebelum ni saya bayar lebih dari nilai yang sepatutnya. Pastu ada kakitangan tu cakap .. nanti kalau saya bayar lebih .. nilai yang lebih akan dikontrakan nanti bila buat bayaran akan datang ... so kenapa tak buat macam tu? Ishh ... ke kira burn je kalau saya lebih bulan sebelumnya?

Geram ni .. tapi tak la sampai marah.

Tadika Permata
Tahu tak ini tadika? Sapa yang kerja gomen ...  lagi2 kat Putrajaya mesti tau. Ini tadika adalah hasil cetusan idea oleh 'Wanita Pertama'. Saya bukan apa ... geram la jugak. Penat isi borang .. tangkap gambar anak ... photostat itu ini ... hantar .. last2 dapat tahu kena hentam. Ya .. kena kritik tu. Itupun saya dapat tahu dari wife saya yang dapat berita dari orang lain yang terpilih untuk hadir taklimat pertama Tadika Permata.

Pegawai di Tadika Permata kata, "Apa ni .. pegawai pun nak mintak anak masuk Tadika Permata? Tak perlulah ..."

Kalau dah macam tu .. janganlah pandai2 hantar borang sampai dua kali ke semua .. .. buatkan terus kepada sasaran ... tulis dalam borang tu ..... senang. Buat apa buat borang soal selidik berlambak2 ... tapi lepas tu banyak reject sebab nak bagi ke sasaran mereka. Bazir kertas ... bazir masa. Dan bazir wang orang yang rasa beria2 nak masukkan anak ke Tadika ini.

Ok. CUkup. Tengah syok tengok Galaksi. Fuh panas.. antara menarik:
  • Zizan Playboy?
  • Irma Hasmie .. uhh sweet ahh.
  • Anna Raffali sweet tapi loud in opinion.
  • Kisah Fathiya pun ada la ... oh cantik la.
  • Rebecca Nur Islam dinikahi dengan satu lafaz akad. 

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement