Sebelum ini saya pernah wat entri yang hampir2 serupa ... iaitu mengenai asal-usul 8 hantu yang terdapat di nusantara ni.  Tetapi saya tak cakap lak cara nak halau hantu ni. Baru je cari dalam kotak fail yang banyak giler artikel ... last2 saya jumpa ini dalam satu akaun email saya (wahhh giler banyak akaun email ...).

Tanpa buang masa anda baca kerapuan yang saya buat ini, meh belajar cara-cara atau kaedah nak halau hantu-hantu ini.... yearrghhh ... alamak .. dah jadi Ghostbuster la pulak!

Tips Menghalau 7 Jenis Hantu Popular

Tips Menghalau 7 Jenis Hantu Popular
Tip 1: Hantu Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Tip 2: Hantu Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Tip 3: Hantu Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Tip 4: Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Tip 5: Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Tip 6: Hantu Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Tip 7: Hantu Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya. Lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak-banyak tuh!

Hehehe... ohh janganlah marah saya .. sekadar melawak .. tapi jaga2 .. bawah meja tu .. lalalala... dah jenguk ke?

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nasib baik baca ni dah nak subuh.. tak delah seram sangat.. hahaha..

    BalasPadam
  2. black forest rasa sebelum black forest halau hantu tu, black forest yang cabut lari dulu. :P

    BalasPadam
  3. @hans Oh Tidak .. saya tak bercinta dengan mana2 kerabat diraja ...ataupun bekas kerabat .. hehehee

    BalasPadam
  4. hahaha kalau betul halau camtu, hantu pun takut nak jumpa manusia..

    BalasPadam
  5. @qemaishak Haha .. hantu memang takut jumpa manusia pun .. tu sebab derang duk di alam lain .. takut kena dera dan jadi hamba pada manusia ni.

    BalasPadam
  6. Salam saya sedang membuat komik web komedi yang menceritakan seorang satria dari zaman medieval amerika yang datang ke Malaysia untuk memburu hantu malaysia..
    Saya meminta kebenaran untuk mengunakan tips yang di listkan disini sebagai panduan komik saya ya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement