11 tips menjadi pasangan yang baik. Hari berganti hari, tanpa sedar masa cepat betul berlalu. Dulu single, sekarang dah kahwin. Dulu berdua, kini dah bertiga .. malah ada yang dah berlapan pun. Begitulah hidup. Kita akan meniti setiap perubahan itu, walau suka mahupun tidak.

Sebagai seorang house husband, saya nak lah cerita dan kongsikan sedikit petua dan tips berkaitan rumahtangga. Bukan nak memandai ngajor anda semua, cuma nak kongsikan apa yang telah diperturunkan kepada saya .. hoho.

Nak cakap mengenai pasangan hidup.

Dalam usia yang semakin hari semakin meningkat naik ni, ada juga rakan-rakan saya yang belum beristeri atau berumahtangga. Tak tahu pasal apa. Memilih kot. Hmm ... itulah, masih ramai juga yang masih mencari teman hidup yang sesuai. Ya ... bukan mudah sebenarnya untuk mencari pasangan yang sesuai dengan kita. Ia melibatkan masa depan dan seluruh hidup kita kelak. Andai tersalah pilih, mungkin buatkan diri merana.

11 Tips Menjadi Pasangan yang Baik

11 Tips Menjadi Pasangan yang Baik
Ada banyak petua bagaimana nak memilih pasangan, namun umum tahu .. cara dan kaedah terbaik memilih adalah berdasarkan agamanya. Namun, bukan semua orang mampu untuk mencari pasangan sedemikian.


Jika sudah berpasangan, apa yang perlu dibuat kini adalah untuk menjadi pasangan yang terbaik. Jangan asyik mengharapkan orang lain atau pasangan kita sahaja memberikan terbaik untuk diri kita ... tetapi kita juga harus berusaha untuk menjadi pasangan yang terbaik untuk mereka. Susah ke? Mungkin. Tetapi di entri ini saya cuba berkongsi satu tips tentang bagaimana dapat menjadi pasangan yang baik. In Sha Allah.

  1. Beriman. Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.
  2. Jangan 'minder' dan selalu mengenang masa lalu. Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu, jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar2 menjadi pasangan yang tidak sepadan.
  3. Romantis. Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hubungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.
  4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda. Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.
  5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi. Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksa?
  6. Jangan merendah-rendahkan pasangan anda. Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?
  7. Jangan memberi janji yang anda tidak boleh penuhkan. Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?
  8. Usahakan untuk selalu berada disisinya. Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup .... Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka....
  9. Komunikasi. Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyedari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.
  10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda. Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.
  11. Jujurlah selalu. Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.
Semoga bermanfaat dan menjadikan anda pasangan yang baik, terbaik di sisinya, dan di sisi Alllah S.W.T.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam bro...

    good tips :-) esp yg last tu..semua pasangan kene jujur. xboleh la amalkan sikap suka menipu xkira la dlm apa2 hal pun..

    BalasPadam
  2. nice one entry ni...yg last mmg perlu..jujur itu perlu dalam setiap perhubungan yey

    BalasPadam
  3. good tips abg.!chewahh..kecik2 da menggatal..actually..tips2 gni ley gak gne dlm friendship..except part nombor 3 boleh skip la..

    BalasPadam
  4. en. hasrul, bole pinjam tak info ni...? sgt2 berguna...coz, adakalanya..terlupa diri seketika..rupa2nya..i'm not single..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement