Kawasan kejiranan saya. Foto: Lensahasrul

Salam.
Kawasan kejiranan saya memang amat tenang. Malah ramai yang suka berjogging dan run-walk pepagi dan petang-petang. Walaupun anjing banyak menyalak sana sini tapi ... mereka duduk dalam kurungan. Tak kacau ... cuma bingit telinga, but still saya dan famili agak happy berada di dalam kawasan kejiranan ini.

Hujung-hujung minggu, polis naik motor ada meronda ... dalam 4-5 orang. Malam-malam pulak, ada peronda upahan. Mereka naik motor dengan senjata kayu atau belantan, dan dengan mereka juga ada torch light besar. Kerja mereka bermula dari jam 12 tgh malam. Bayaran yang dikenakan adalah RM25 bagi sebuah rumah sebulan. Tapi .. saya bayar RM20. :)

Sini, kalau ada jiran lalu lalang .. selalunya akan bertegur sapa, tak kiralah melayu ke, india ke .. cina ke. Kami tak ada masalah. Kalau ada masalah pun cepat2 diselesaikan. Jiran saya cina dan melayu. Sebelah kanan umah, cina dari melaka, kerja pensyarah. Sebelah kiri rumah, melayu ... dari sini2 gak .. cuma sebelah keluarga lelaki dari Terengganu.

Saya suka dengan keadaan ini. Malah tiada siapa pun di dunia ni nak keadaan kacau-bilau, penuh masalah dan bergaduh sesama sendiri. Kalau terjadi, mungkin dah tak ada orang nak berjogging pepagi dan petang-petang. Dah tak ada tegur sapa. Semua orang curiga sana sini. Dah tak aman.

Bila tak aman, orang takut nak keluar rumah.

Jadi, hargailah keamanan yang kita semua sedang nikmati ini. Tak perlu timbulkan suasana tegang. Tak perlu porak-perandakan masyarakat yang saling senyum dan berinteraksi ini. Tolonglah ... kita mahukan kedamaian. Bila damai, bila aman, kita boleh melakukan perkara yang membawa kebaikan kepada semua.

Jadi, gitulah jua dalam dunia blog. Tak perlu sengketa, tak perlu porak peranda. Biarlah aman ... bila aman .. hati tenang. Entri pun sejuk je minda membacanya. Tak gitu?

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement