10 Perkara Boleh Buatkan Seorang Suami Marah. Dalam rumahtangga, apa yang penting adalah suasana harmoni. Tak mahulah ada baling-baling periuk belanga; walhal kejadian macam ni tak patut pun berlaku. Dulu, kalau bergaduh pun ... masih terkawal lagi, sebab ia berlaku dalam umah. Orang tak berapa nampak, cuma leh dengar bunyik je. Tapi skang jangan dibuat main, silap skit ... ke mukabuku lah jawabnya. Dunia tanpa sempadan la katakan.

Namun, nasihat sayalah ...ewahh.. udah pandai beri nasihat la plak. Jangan la korang letak apa-apa status yang berkait soal rumahtangga dalam Facebook tu, tak manis dan pastinya nanti akan mengundang fitnah. Percayalah!

10 Perkara Yang Boleh Membuatkan Suami Marah

10 Perkara Buat Suami Marah

Selalunya, dalam apa juga perkara yang mengoncang rumahtangga pasti ada pencetusnya. Dan berikut adalah beberapa .. erkkk 10 perkara yang boleh membuatkan seorang suami marah. Aha .. saya cakap pasal suami sebab saya seorang lelaki bergelar suami. Nanti kalau ada pasal perempuan, saya akan publishkan kemudian yer.

Susah skit nak fikir pasal pompuan .. komplekss bebenor .... hehehehe... ok get ready.
  1. Memperkecilkan suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar. Jangan buat benda ni, anda sebenarnya menyinggung perasaan suami anda. Contoh: Si isteri berkata; "Hubby I tu kan kan....siang ikan pun dia tak tau.. "
  2. Menggangu suami dengan menelefon dia di pejabat, sehinggakan ia membawa kepada salah masa dan tempat. Contohnya; si isteri menelefon suaminya; "Hello, abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap....malam nih kita masak sardine jer ....ok tak? Tak apa ker? " Walaupun dengan suara lunak manja, tapi kalau dah ganggu suami yang sedang beri presentation dalam meeting, tak ke boleh buat dia bengang.
  3. Si isteri terlalu suka mengemas rumah atau mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpannya. Contohnya; si suami sedang cari benda tapi tak jumpa, ditanya pada si isteri dijawabnya; "Kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor dah, entah la kat atas shelf mana satu.... carilah"
  4. Suka mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar, lepas tu dah abis baca tak susun semula atau terbiar begitu sahaja. Si suami yang baru nak baca pengakhiran kisah Man Utd dapat pemain baru .. nak tahu sapa .. langsung tak dapat tahu sebab mukasurat tu dah ntah keman hala. Contoh; Si isteri berkata; "Abang, ayang dah ambik bahagian belakang tu ... nak bungkus belacan ni yang mak berikan pada ayang hari tu!"
  5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar. Si suami belum sempat nak baca, dah dapat suratkhabar berlubang-lubang...sebabnya si isteri nak simpan gambar Shah Rukh Khan. Aduhhh.
  6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan baru je pergi semalamnya. Contohnya sebegini: Si siteri menelefon; "Hello, bang.... semalam kita lupa beli garam, gula, beras dan susu budak ....boleh singgah tak mana mana ....pleasesssss"
  7. Diminta untuk menolong sesuatu tetapi tak beri arahan yang jelas, bila salah .. dimarahkan suami. Contohnya macam ni; si isteri minta tolong suami beli susu kat kedai ... tetapi; "Banggggg ... saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ni.....kan lain tu"
  8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami. Uhh janganlah ... sebolehnya bagitahu dulu. Jangan main redah je. Mana la suami tak marah ..bila balik2 tengok si isteri dah tak ada atau dalam kes lain .. tetiba je balik dari opis dah kena pegi umah jiran ada kenduri sedangkan tak pernah tahu pun kena pergi bila.
  9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. Haha .... nih kes kalau suami isteri berkongsi PC yang sama. Huhuhu .. buka2 PC tengok gambo kita yang ensem yang jadi desktop tu udah tukar dengan gambar Mawi. Uhh apa nih? Dan tensionnya .. siap penuh satu skrin dengan resolusi tinggi.
  10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat. 
Orait ... saya harap dengan sedikit perkongsian ini bolehlah dijadikan panduan dan pedoman untuk mereka yang berumahtangga. Kita mahu aman damai ... kan kan... tak nak la gaduh-gaduh sehingga boleh menjurus kepada satu perkara yang sangat tidak elok.

Jom manfaatkan panduan ini, in Sha Allah.

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. asama garam rumah tangga... perkara remeh jer. marah2 bawa bahagia ... hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah-marah tanda sayang. Dalam rumah tangga kena selalu beralah dan lihat kebaikan pasangan kita.

      Delete
  2. erkkk... macam2 juga karenah isteri..

    ReplyDelete
  3. Ada macam-macam benda larangan sini. Isteri-isteri kena jaga-jaga.

    ReplyDelete
  4. Betul semua di atas.... tambah lagi, kalau puji lelaki lain. Uish jaangan la buat kerja, walaupun yang dipuji tu orang yang tiada apa-apa ikatan dengan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada betulnya macam tu. Lelaki kuat cemburu bila isteri dia puji wanita lain depan dia. Tak macam tu?

      Delete
  5. suami pun... jangan marah2 nanti cepat tua. Isteri memang macam tu suka mengusik :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami isteri kena sam-sama ada sifat tolak ansur. Bila macam tu insyallah aman rumah tangga.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement