Meriahnya hati lepas bayar saman. Foto: Lensahasrul

Salam.
Tadi bank telefon, time nak solat jumaat tu ... telefon suh saya bayar. Meh ikuti perbualan yang ingat2 lupa ini:

Bank: Hello, Saya Shariza. Telefon dari Eon Bank Kamunting. Boleh saya cakap dengan Encik Hasrulnazim.
Saya: Ya saya.
Bank: Encik, kami tak dapat nak buat roadtax. Ada saman polis. Kena clearkan saman baru leh buat roadtax.
Saya: Saya tahu tu.
Bank: Apa? Encik tahu? Kenapa tak beritahu bank?
Saya: Ehh ..buat insurans tu lepas je. Tak kan tak boleh?
Bank: Boleh buat, tapi ia cuma untuk 6 bulan je la. Encik nak buat untuk roadtax 6 bulan?

Saya terdiam sebab tengah fikir. Saya dah bayar untuk setahun kenapa nak wat 6 bulan je. Uhh rugi ... nanti leceh.

Saya: Hmm buat untuk setahun lah.
Bank: Kalau macam tu, encik kena bayar saman encik sekarang, sebab nanti runner kami pergi JPJ dalam kul dua, kalau tak Isnin baru kami buat.
Saya: Kejap lagi saya bayar.
Bank: Ok, jadi encik akan bayar saman hari ni?
Saya: Skarang juga saya pergi bayar saman saya.
Bank: Baiklah. Nanti bila encik dah bayar, encik telefon nombor ni, dan minta bercakap dengan saya. Nama saya Shariza.
Saya: Ok.

Dan kerana perbualan ini, saya dah clearkan segala saman saya hari ini. Tak perlu risau lagi dah. Uhh ... tunggu lagi saat2 akhir. 

Ohya ... saya bayar ikut online. Walaupun mula2 tu sesak dan tak leh nak akses... lepas cuba beberapa kali, saya berjaya lepas. Tak perlu beratur. Tak perlu merungut kerana sistem down kat balai2 polis.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. huhuhu!! saya de satu saman trafik bila on9 adoo..tp g check kat balai..non adoooo...adesss...hampeh tol rrr..

    Kalo free meh ler singgah my blog....klik je link ini --> mummylovers blog

    ReplyDelete
  2. hehehehe...bgus btol...jd contoh pd sume orang supaya cepat2 byr saman...hehehe

    ReplyDelete
  3. saya ada 10 saman yang belum bayar....agak2 berapa ribu saya kena bayar...nak mintak diskaun kaw2 kat bukit amanlah...tapi tak ada contact...

    tengah pening nie...

    ReplyDelete
  4. so, belajar dr pengalaman..kna buat byr online, bru leyh g solat jumaat..x yah beratur..pengalaman di 3 balai polis time stay kt PJ dlu, mmg memenatkan+menyakitkan hati+merugikan..

    ReplyDelete
  5. patutla td jem rilex.com.my tu..me pun byr saman ari ni gak--road tax mati bln 4 nanti --melayang RM450 (3 saman ekor sejak thn 2006 tu..)

    ReplyDelete
  6. @Cikgu CTE Saya pernah buat entri sebelum ini mengenai petua bila kena saman dan cara nak dapatkan diskaun saman walaupun kalau ikutkan tak ada... cuba try carik ehh... :)

    Usaha tangga kejayaan...

    ReplyDelete
  7. owh bagus pekerja tu, nasib baik xde saman lg :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement