As-Salam.
Bila kita berblog, kita mengharapkan entri kita itu akan memberikan manfaat kepada orang lain; selalunya begitulah. HH juga macam kebanyakkan anda juga, berharap agar mereka yang baca artikel dan entri di dalam blog ini dapat membawa kebaikan kepada orang lain.

HH berkongsi apa yang berlaku dalam hidup, dan berkongsi apa yang saya tahu. Tapi, adakah benar setiap entri itu memberikan manfaat? Benarkah? Benarkah? Apa yang maksudnya bermanfaat?

Takkan ada manfaat andai entri kita tu, diposting dan dibaca oleh pengunjung blog. Takkan punya .. kecuali.... jika orang yang baca apa yang kita tulis itu adaptasi dan gunakan segala petua, ambik kesah semua nasihat yang diberikan; haaa itu baru memberi manfaat. Jadi, jika fikir .. "oh saya dapat berikan manfaat kepada orang lain dengan blog, dengan bagi mereka baca entri2 saya" ... sebenarnya anda silap. Manfaat hanya selepas ilmu yang anda berikan itu dipraktikkan - itu baru beri manfaat. Kalau dah buat entri tapi dok kusam dan layu sebagai entri saja ... apa manfaatnya?

So, buat diri HH, dan kepada anda semua, andai dah dapat sesuatu ilmu tu, cubalah anda praktikan dengan sebaiknya. Jangan biar ilmu yang ada 'mati'. Kita ingin ujudkan budaya ilmu maka praktikkan ilmu yang kita dapat. Dan kalau boleh, sebagai permulaan, kita sendiri sebagai orang yang post entri itulah yang seharusnya terlebih dahulu jadi model untuk mempraktikkan segala yang diberikan. 

Anda tanam pokok. Dan lama-lama pokok tu berbuah. Buah yang ada dimakan dan buatkan si pemakan itu kenyang. Buah habis tinggal biji. Biji yang ada ditanam ... dan kembali .. pokok hidup dari biji ... dan ia lama-lama berbuah kembali... maka begitulah hendaknya saya harapkan daripada setiap entri saya.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. itu la...

    ilmu tanpa amal ibarat semut itam d atas batu pada malam yang pekat.....

    err...mcm salah je kata2 tu....hahaha

    moral: jgn bercakap benda yang kita tak tau...hee

    BalasPadam
  2. betul3..
    saya setuju juga...
    kadang2 tak terfikir pun..
    =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement