Syoknya berenang ehh. Foto: Lensahasrul |
Salam.
Adeh. Saya malam ni habiskan masa dengan anak-anak saya. Tadi ada tetamu datang. Petang tadi lak sempat jenjalan keliling taman perumahan ni, sambil bawak 'senjata' saya. Nanti ada beberapa shot saya nak sampaikan dalam blog ni. :) ada sesuatu yang menarik perhatian saya.
Nih sambil tengok citer Spiderman dengan anak saya Zikri, anak sulong saya dah lama lena. Wife dengan sang puteri saya - Maira lak dah naik atas ... tido. Adeh .... sambil2 ni saya nak citer pasal apa ehh? Anak saya dok excited ni ... bukan sebab excited dengan watak Spiderman tetapi si jahat tu. Baru kejap ni dok jerit2 .... adehh ....
Meh layan citer nih ehhh .. leh?
Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.
Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.
Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam... . apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.
"Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung."
Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab;
"Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".
Sumber cerita: Komuniti VF
hahahaha. . saya pernah baca lawak nie. .
ReplyDeletehehehe..apalah hanif tu sengal ubi betol hahahak lawak2
ReplyDeleteoloh ciannye..sep baek dia tu gila..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.