As-Salam.
Dah bangun? Hmm dah sarapan ke? Makan apa ehh pepagi? Teringin gak nak tahu ... ala .. kita kan berjiran.... hehehee

Uhh apa la saya dok ngarut pepagi ni yer. Nak sembang pasal jiran? Hmm jiran saya dah lama balik kampung ... sebab dia nak raya. Betul ... dia balik Melaka .. tapi .. ehh kan ke banjir ... hmmm ... camner ehh? Oh ya .. jiran saya chinese ... tak sempat pun jumpa dia sebelum dia balik kampung. Hari tu ada pesan kat wife saya suh bagi makan ikan emas dia .. tapi tak nampak la pulak kat mana dia letak ikan emas tu. Ke tak jadi kasik kami makan .. erkkk kasik kami beri makan. 

Tak apalah. Lupa la ko tu. Kami pun lupa gak. Sama2 lupa ... aiyakkkk .... 

Dah jom layan lawak sekerap ni lak ehh .. mana tahu ada hati gundah gulana .. maybe ini boleh buat hari ini bermula ceria ....

Jangan Pijak Oksigen Nenek!


Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah teruk hingga perlu dipasangkan selang oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memanggilkan seorang mudhin (tukang do'a) agar didoakan. 

Ketika Pak Mudhin asyik berdoa, tiba-tiba nenek Ani menggapai gapai tidak boleh bernafas, mukanya pucat, tangannya terketar. Dengan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Dengan sisa-sisa tenaganya nenek Ani menulis surat dan diberikan ke mudhin. 

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan surat tersebut tanpa membacanya kerana fikirnya tidak elok membaca surat wasiat tersebut di depan nenek Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. 

Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang. Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin pun berkata:

"Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang isinya pasti nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya" 

Pak Mudhin membuka surat itu dan membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

" dhin tolong jangan berdiri di situ... ! Jangan pijak saluran oksigen nenek..!

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sekali kantoi daaa terpijak hehe..
    belum sarapan lagi bro, minum air je :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement