Salam wahai mereka yang duk duka lara.
Alahhhai.. janganlah bersedih hati. Susah hati cam ni tak best la .. lagi-lagi memalam cam ni. Kalau berduka lara .. meh meh ... dekatkan sikit mata tu kat sini. Uhh jangan la tutup mata .. saya bukan nak kasik tengok tiger show .. bukan .. bukan .. ni ada cerita nak kongsi. Buat duka itu hilang dalam ceria.
Sebelum tu ... nak tanya ni .. korang tahu tak yang gula-gula getah atau chewing gum tak leh makan kat Singapura? Tahu? kalau tahu ... hmm ok .... kalau tak tahu .. meh sini saya nak kasik citer tipu ... hehhee...
Alkisahnya ... pada suatu hari, PM Singapura pegilah ke Thailand, dia makan malam dengan Raja Siam. Oh ya .. peristiwa ni berlaku ... hmmm sebelum undang-undang pasal chewing gum ni berkuat-kuasa .. so dah lama la .. saya pun lom tahu baca lagi kot.
So, derang ni sibuk la makan. Mula-mula diorang makan udang, dan sembang-sembang pun berlaku antara keduanya.
PM Singapura: "Apa orang Thailand buat dengan kulit udang?"
Raja Siam: "Kami tak buat apa. Kami buang aje?"
PM Singapura: "Ooo kat Singapore, kami recycle kulit udang. Jadikan keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?
Lepas tu diorang makan limau plak.
PM Singapura: "Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau??"
Raja Siam: "Kami tak buat apa, kami buang aje?"
PM Singapura: "Ooo kat Singapura, kami recycle kulit limau jadik jadi Jus Limau, lepas tu kami eksport ke Thailand?"
Ai .. nampaknya terkena je si Raja Siam ni.... pastu mereka pun dah selesai hidangan yang berat2 ... dan dah pun makan limau, masa nak cuci gigi ... jadi chewing gum dihidangkan.
PM Singapura: "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?"Raja Siam: "Kami tak buat apa, kami buang aje?"
PM Singapura: "OOo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle. Kami jadikan kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand?"
Raja Siam: "Apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan??"
PM Singapura: "Kami tak buat apa, kami buang aje. Kenapa?"
Raja Siam: "Oh ... kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, lepas tu kami eksport ke Singapore!!"
Uhh .. merah padam muka PM Singapura tu. Dan selepas jamuan makan tu dan selepas dia kembali ke Singapura ... lalu dibentangkan undang-undang .. terus dikuat-kuasakan ....
Warga Singapura tak boleh lagi makan chewing gum ... gitulah adanya kisah tipu ini. :)
Ok? Suka tak? Kalau suka .. klik LIKE yer .. lalalala
Kisah ini adalah rekaan semata. Ia adalah hasil olahan dari forum komuniti Virtual Friends. Andai ada persamaan watak .. ia hanyalah kebetulan.
Kisah ini adalah rekaan semata. Ia adalah hasil olahan dari forum komuniti Virtual Friends. Andai ada persamaan watak .. ia hanyalah kebetulan.
hahaha akhirnya terkena gk spore
ReplyDeletesalam ziarah... 1st time singgah blog ni
ReplyDeletehahaha..adeh....gelak srg2 nieh tgh2 malam..
ReplyDeletehaha.
ReplyDeletexnk da ak mkn chewing gum pasne weh! hik3.
hahaha
ReplyDeletegeli tapi kelakar
dah la hari-hari makan chewing gum
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.