Salam semua.
Bagaimana nilai keikhlasan kita? Tulenkah niat kita? Sejauh mana kemurnian hati kita? Tak siapa yang tahu, kecuali Tuhan. Jadi adakah kita selama ini hidup bertopengkan kebaikan yang dibuat-buat?
Pening. Kadangkala kita membuat sesuatu dengan rela dan ikhlas, namun ada juga yang cuba nak pertikaikan. Ada juga yang mahu menidakkan niat murni kita. Tulen? Bagaimana nak definasikan tulennya keikhlasan yang kita berikan? Saya tak pasti ..... anda? Ada carakah kita dapat tahu niatnya itu ikhlas? Kalau ikhlas ... tulen kah?
Apabila kita muncul di kaca TV dengan replika cek beso .. dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.... adakah niat kita yang ikhlas itu jadi tidak tulen? Hanya kerana ada orang lain ingin highlightkan benda ini ... kita yang memberi dijadikan bahan ejekan? "Uhh nak masuk TV, tu sebab derma ribu2!" ....
Bantu salah. Tak bantu pun salah. Dibantu, ada orang nak coverage, tujuannya nak tunjukkan kepada orang lain bahawa masyarakat kita ini prihatin. Bukan niat si empunya diri nak kuar TV, tapi orang lain yang inginkan dia tunjukkan pemberian cek replika tu.... dan kita ... "Uhh nak menunjuk la tu!"...
Dunia blog. Bila kita bantu orang lain, dan tetiba blog kita jadi perhatian ... ada pula yang iri hati ... tak suka dengan cara kita. Katanya; "Alah... time ni ... buat la itu ini... nanti dah naik ... mana ingat kat kita dah!" ....
Tak dapat nak penuhi apa yang mereka nak. Tapi apa yang mereka nak sebenarnya? Dek kerana bukan blog mereka yang sering dipaparkan .. mereka jeles? Gitu ke?
Di mana-mana ada je mentaliti begini. Saya pun dah letih nak jelaskan kat orang. Kalau dah ada orang nak bantu ..biarkanlah .. kenapa nak persoalkan itu dan ini. Samada dia ikhlas ke tak ... itu bukan hak kita nak tentukan ... janji orang yang dibantu tu dah menerima bantuan yang sepatutnya. Kalau rasa anda layak dibantu .. janganlah dok saja .. mintalah bantuan ...macam2 saluran ada ...
Selalunya, kita nampak ada orang eksiden .. kita suka tengok, kita suka nak jadi penyebuk. Tapi bukan seibuk apa pun ... dok tangkap2 gambar .. pastu publish kat forum, kat blog. Terlupakah dia.... yang dia boleh telefon 999 untuk minta bantuan.
Tapi .... BUKAN semua kita begitu!
Tapi .... BUKAN semua kita begitu!
Ye bukan semua adalah begitu. Kita kecoh nak buat sesuatu yang tidak penting daripada perkara yang lebih penting.
BalasPadamsalam...siapalah kita nak nilai keikhlasan orang...Allah yg tentukn
BalasPadamikhlas dn beramal;)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.