As-Salam.
Suatu hal dalam setiap apa jua kerja yang kita lakukan, kita perlu ada minat. Begitu jugalah dalam berblog. Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan lebih berusaha. Hasil juga akan lebih best. Tengok mereka yang berjaya dalam bidang dan kerjaya mereka, semuanya sebab minat, semuanya bermula dari sekadar hobi.

Macam blog, kalau kita tak minat nak berblogging, terasa cam susah je, cam malas je. Sedangkan tak susah pun nak berblog, hanya tulis apa yang ada dalam pala otak je. Kalau serius blogger yang ada niche sendiri, mungkin lain la. Tapi kebanyakkan tetap juga berjaya. 

Kalau kita minat ....

  1. Kita takkan rasa cepat sangat nak give-up/putus asa. Walaupun kita belum capai apa yang kita mahukan, kita tetap teruskan usaha kita. Ada target yang nak kita capai.
  2. Kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Kadangkala, tidur pun lewat sebab leka buat benda yang disukai. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
  3. Kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita juga tak kisah berkongsi ilmu itu kepada orang lain. Bila kita sedia mencari ilmu mengenai apa yang kita minat, secara tak langsung, menjadikan kita pakar dalam bidang tersebut.

Bila kita buat benda yang kita tak minat .....
  1. Kita akan rasa cepat je mengalah. Bila blog tak ada orang yang datang baca, kita rasa .. ... hampa. Target yang kita harapkan tak tercapai, lalu kita pun stop. Kita tenggelam dalam impian yang tak terlaksana.
  2. Kita rasa lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan.
  3. Ilmu yang ada rasa cukup sampai situ sahaja. Tak perlu lagi dicari atau rujuk pada mereka yang lebih tahu, kerana kita merasakan, apa yang dah ada di dada ... dah boleh capai apa yang dikehendaki sedangkan ia adalah sebaliknya. 

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu. Andai kita minat. Segala-galanya indah dan masa berlalu dengan pantas. Sarah xnak lagi buat keja yg sarah tak minat lepas ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement