Salam semua yang sudi jenguk memalam ni.
Siapakah orang kesayangan kita? Mungkin anak, isteri, ibu dan ayah? Mungkin juga suami, adik, abang atau kakak? Tapi kadangkala ada perkara yang mereka buat itu silap dan mungkin salah. Nak nasihat, takut melukakan hati mereka. Tapi saya dapat tahu ada satu cara istimewa dan halus buat menasihati mereka yang kita kasihi. Ini merupakan satu petua, andai tak menjadi ... ini adalah kerana usaha kita yang tak memadai. Segala sesuatu yang dimakbulkan adalah atas kehendak dan ketentuan Tuhan.

Ok, ada seseorang berkongsi tips ini di forum Mesra.net, mungkin anda boleh mencubanya. Ikuti langkah-langkah yang diberikan ini:

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius minda sedar(conscious mind).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad s.a.w dan bacalah surah Al-Fatihah. Kemudian, terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah di putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya, jika seorang suami, adalah baik untuk menasihati isteri agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat dan semoga banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. InsyaAllah, semoga kita yang mengamalkannya akan berjaya dengan keizinanNya.

Sebagai satu panduan bagaimana nak membentuk anak-anak berdasarkan para sufi terdahulu....ikuti kisah pendek ini:

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah.

"Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?"

Jawab bapa Imam Abu Hanifah; "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh bapa Imam Abu Hanifah ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Ok, cuba fikirkan ini, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri..... jadi sebelum kita inginkan sesuatu yang baik pada orang lain ... jadikan diri kita sebaik yang kita inginkan untuk orang lain. Boleh?

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pernah dgr kata orang, peribadi anak kita nanti seperti peribadi ibu bapa 20 tahun sebelum anaknya dilahirkan..wallahualam..

    apa pun..good info, boleh jadikan panduan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement