Salam semua readers Bangku Kosong.
Wahai para suami ... siapa teringin nak kawin satu lagi? Ada tak? Kalau ada .. sila tinggalkan url blog kat ruangan komen. Uhhh mesti duk diam2 tak nak ngaku.
Bila cakap soal kawin tambah2 ni ... ada sorang kawan saya yang memang pantang seribu. Tak boleh cerita depan dia .. mesti melenting .... kalau dia tu harimau .. mau kena baham. Dia memang tak setuju lelaki kawin lebih dari satu ... sebabnya .. dia ada peristiwa pahit bila bercakap soal ini.
Dia seorang perempuan .. tentulah senstif bila bab2 ini, lagipun dia pernah merasai pengalaman pahit kisah madu bermadu ni. Tapi, bukan dia yang kena madu ke apa ke ... tapi seseorang yang terdekat dengannya. Dia tak berapa setuju sebab si lelaki itu telah mengabaikan keluarganya.
Hmmm apa nak buat .. bukan semua perkara yang 'baik' itu berkesudahan baik. Hati manusia tak sama. Niat di hati tak siapa yang tahu.
Apapun meh baca gelagat seorang lelaki ini bernama Pak Mat. jJst enjoi dengan kisah ini:
Sayang Bini - Tunaikan Permintaan Terakhirnya
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya.
Perangai Pak Mat kelihatan agak luar biasa selepas beberapa hari kematian isterinya. Dia sering menziarahi kubur isterinya .. dan yang menjadikan ia luar biasa ialah dia pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan.
Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata,
"Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu".
Pak Mat manjwab,
"Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh".
Uikss ..begitulah kisah Pak Mat yang teringin nak kawin baru ....
cis!!! x guna betol Pak Mat ni...huhu
BalasPadamsalam...
BalasPadam:-DDDDD lawak..lawak....
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.