Actually, kalau ikut alamat rumah, saya dikira tinggal di kawasan Nibong Tebal. Sempadan je, jalan kaki je boleh pergi dari Penang ke Perak. Tak sampai seminit, saya boleh tiba ke daerah Kerian dengan kenderaan.
Kawasan Nibong Tebal ada yang kata kawasan banyak gengster. Itu memang tidak dinafikan sebab kes jenayah banyak juga yang masuk akhbar...hoho .. tapi saya boleh katakan, walaupun ada 'kekurangannya' tinggal di sini memang best. Meh tengok sebab-sebab mengapa seronok tinggal di Parit Buntar ni, bandar daerah Kerian yang memang banyak pembangunan.
16 Sebab Seronok Tinggal di Parit Buntar
- Bila sempadan 3 negeri, saya boleh melakukan urusan hampir 7 hari seminggu, sebabnya cuti antara negeri tak sama, Kedah cuti
KhamisSabtu dan Jumaat sedangkan Perak dan Penang ikut skema biasa. - Harga makanan kat sini murah, di Bandar Baharu, anda boleh dapatkan kuih-muih dengan harga 10 sen sebijik!
- Ikan fresh, ada beberapa tempat pendaratan ikan kat sini yang boleh beli ikan yang perghhh hidup lompat2 lagi, macam ikan kerapu, ikan merah, ikan nyok2 (aya), ikan kembung, ketam, udang dan macam-macam lagi. Antara tempat pendaratan ikan, Kg Sungai Udang kat Nibong Tebal, Kuala Sungai Baru kat Tanjung Piandang.
- Boleh dapat ikan murah kat sini, kembong segar dalam RM2-3 sekilo! (Bukan hari-hari ada)
- Udang Galah kalau tiba musim memang banyak sebab Sungai Kerian adalah sumber penangkapan Udang Galah, rega dalam RM20-25 sekilo.
- Banyak tempat makan memalam, ada banyak restoren.
- Sini ada KFC dua bijik (Parit Buntar), kat Nibong Tebal pun ada .... Parit Buntar ada Pizza Hut, ada
Baskin Robin, ada Sate House, ada Old Town White Coffee, dan beberapa lagi restoren yang femes2. - Pasaraya ada Econsave, Billion, Minat ... ada pasaraya Hari-Hari, ada kedai yang banyak jual barang murah-murah. Kalau tengok barang-barang jual kat sempadan, kat sini pun leh dapat dengan rega murah. Toto, Narita boleh dapat dengan harga bawah RM50! (Wah Lee)
- Area tempat saya duduk ni, ada beberapa tempat makan yang popular, antaranya Along Char Kuew Teow, Char Kuew Teow Omaq, Pasembor Brahim, Burger Lip Lap.
- Di sini anda boleh dapat Chicken Chop rega RM5, Black Pepper rega RM7 ... best .. dan ada beberapa restoren yang jual dengan rasa-rasa berbeza.
- Sini hampir semua bank ada, RHB, Maybank, CIMB, Hong Leong, EON Bank, AMBank, BSN, Tabung Haji, Bank Pertanian .... pastu ada KWSP, ada cawangan Kementerian Belia dan Sukan serta ada KPDNHEP. Boleh dapat perkhidmatan samada di Parit Buntar ataupun Nibong Tebal.
- Lau nak merasa ombak laut, leh pergi Tanjung Piadang. Nak merasa mandi jeram leh pergi Jeram Batu Hampar.
- Sini banyak tempat memancing. :)
- Ada pasar Kemboja yang jual pelbagai jenis tudung, kain ela dan telekung dengan harga jauhhhh lebih rendah dari rega pasaran. Contoh, tudung biasa dijual di kedai dalam RM20-30 boleh dapat di sini dengan rega sepruh!
- Ada banyak kedai 24 jam di sini antaranaya Muaz, Seven Eleven (2 bijik) dan beberapa lagi.
- Hotel juga ada beberapa buah, kalau rasa-rasa nak bermalam kat sini ... homestay juga banyak.
[Mesti Baca] Tahukah anda, 3 orang jejaka jual produk dropship menggunakan sistem ini berjaya buat jualan sehingga RM 413,000 ke pasaran antarabangsa tanpa simpan stok pun. Malah, lebih menarik, mereka tidak keluarkan sesen kos pun untuk beli produk dropship dari supplier! Baca kisah mereka di sini - Niaga Dropship USD
Ini antaranya ... ada banyak lagi keistimewaan. Rega rumah pun murah .. siyes ... ramai kawan saya kagum bila beritahu harga rumah kat sini.
p.s Jika anda mahu promosikan apa-apa mengenai Parit Buntar, termasuklah bisnes anda, boleh hubungi saya ... gunakan ruangan Hubungi untuk berhubung dengan saya.
[Penafian] Post ini adalah benar semasa ia ditulis penulis pada tahun 2011, beberapa fakta mungkin berubah sejajar dengan perubahan masa, taraf ekonomi, kedudukan matawang dan beberapa faktor lain.
lerrrr...rupanya tempat kita dekat2 la jugak. aku duk batu kawan. :) mmg murah2 lagi kan harga rumah2 kat situ kan.. rumah sewa still boleh dapat yg bawah 300.
BalasPadamJemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?
errr nak tnya asai orang mna?
BalasPadammacam nk promote tempat senirik.. tpi bila kat sewa tu... macam orang selatan bermastautin di utara..
@~nsar~ Salam. Saya org Perak, asal daerah Kinta ...:) bermastautin kat Penang ni .. alamat IC pun dah tukar.
BalasPadamkedah cuti jumaat ngan sabtu la.. bkan khamis,hehe
BalasPadamwah!! kueh seposen sebiji, kan lagi jimat nak hidangkan dkat tetamu, kalau harga sebegini murah... (: kuikui
betul2... makanan semua murah2 n sedap... ^^
BalasPadammak saya asai dari bandar bharu..tp lma dah x blk sana..ada lah dlm 5-6 tahun..dah xdak sapa kt sana lgpun..tok wan pun lama dah xdak...
BalasPadamHEHEE!! rumah murah save dah situ..
BalasPadamplus makan2 murah dah save jugak situ!!
tp ganu pun murah jugakk!!
cayao??
meh ler try duk sini..
besh!!
salam singgah dari mummy weiyda❤
keep it up blogging ya dear❤
(◕‿◕✿)
hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
Assalamualaikum bro...
BalasPadamnk tnya ckt nie..hg tau x kt mna ada umh sewa dkt ngan kwsn sklh (seri perak, bkt gantang n suma2 2 la)???
bln 4 nk start dok..ak org pb jgk tp x sempat nk blk tlg cri...kwn2 ak yg nk umh sewa 2
@@zhar14 Kawasan sekolah mana ehh? Nak tahu sekolah apa .. senang citer, saya ada kenal beberapa orang cikgu.... mana tahu mereka juga mencari housemate.
BalasPadamHmm ... umah sewa ada ... tapi kena tgk dulu, ada banyak taman, ada taman baru dan lama, rumah pangsa pun ada. Cari ada cuma yang susahnya nak cari yang sesuai - harga dan keadaan rumah serta lokasi.
Cuti sekolah nie ingt nk p lepak PB.ada tak tmpt mncing laut yg berdekatan dgn chalet atau dll..isteri memang anak jati PB,tt serong.x jauh dr sk tt serong.blh bgi no hp tak...
PadamAda .. kat area Kuala Gula, tapi lokasi ni nak memancing ikan Duri dan Gelama boleh la. Boleh cuba cari homestay kat Kuala Kurau, dan sewa bot untuk pergi memancing laut.
PadamBoleh try Google Chalet Kuala Kurau / Trip Memancing Kuala Kurau.
ok, cmnie...
BalasPadamkwn sy bdk2 UPSI..5 org sumanya, suma perempuan...so, nk cari rumah sewa yg dkt ngan kwsn sklh yg trlibat nie..
2 org smk seri perak, 2 org smk panglima bkt gantang n sorg sm methodist...
klu bleh rumah yg dkt ngan sklh2 trsebut n bleh jln kaki je sbb depa kmungkinan xda transport sndiri...
nk start msuk rumah 1/5 nie...
@@zhar14 sila guna email saya ehh ... kat prfile tu ada dan kat bawah blog. :)
BalasPadambaskin robin ?
BalasPadamsate house ?
kat mana tu ? boleh bagi spesifik sikit
nak cari lah
Ada dekat Bandar Baru Parit Buntar, berhampiran LOngwan Baru, belakang Old Town White Cofee
BalasPadamsaya ada dengar khabar angin mengatakan mcdonald akan mengembangkan sayapnya ke parit buntar . ye ke ? ada maklumat mengenai perkara tersebut ?
BalasPadambtl ke mcd nk bka di pbntar.memang best la ! 1 g mana restaurant chicken chop yg plg sdap di pb.... :)
BalasPadamsaya mencari rumah sewa di kawasan nibong tebal, parit buntar atau kawasan berhampiran. Kemasukan Mac 2013.
BalasPadamnak tanya..klu kat nibong tebal, ada tak bas express nk ke KL?atau kena p parit buntar atau btterworth?
BalasPadamKena pergi Parit Buntar ... ada banyak syarikat bas termasuklah transnasional ... yang direct dari PB ke KL
BalasPadamAgak sukar nak cari, selalunya tgk kat Seven 11
BalasPadamsalam encik! ada dgr desas desus pembinaan shopping mall spt Giant atau Tesco di sekitaran usm?
BalasPadamAdalah...boleh ambik bas express dr nt ke kl terus.. ko kena ambik tiket kat tepi balai polis nt dan bas pun tunggu kat sana juga.. kalau tak pun,bas ada tunggu kat tepi shell nibong tebal...senang aje..dah lama ada basla .
BalasPadamBurger Lip Lap dan Pasembur Berahim dah tak ada. Chicken Chop tu dah naik harga rasanya, kat Yakin Usaha.
BalasPadamsalam.. boleh sya thu lokasi pasembur berahim, burger lip lap n chicken chop rm5? hehe char kuew teow Omaq sya dh try.. thx for yr info👍
BalasPadamkampung CN kat parit buntar, kat sini gak tempat asal model glamer adek bradik syatilla& syifa..dorang ni adek kepada syafiqah pemenang gadis melayu musim pertama ;)
BalasPadamSy tgh cr rmh teres 1 tgkt untuk dijual sekitar prt buntar. Ada info x?
BalasPadamsaya juga suka pergi parit buntar. isteri saya suka ke sana sebab ada pasar kemboja
BalasPadamAgak2 brapa harga tambang teksi di parit buntar ke nibung tebal?.....pian
BalasPadamOhhh tak pasti. Tapi ada perkhidmatan bas.
PadamSalam taman bukit panchur nibong tebal ok x duduk arrear tu
BalasPadamDuduk ok je walaupun kejiranan banyak kaum cina dan juga warga asing. Malam2 kena tahan dengan bau yang tidak menyenangkan daripada ladang babi dan ayam berdekatan.
Padamkalo x silap kat parit buntar banyak port mancing ikan betok..betul tak tuan?
BalasPadamHi boleh saya tahu harga sewa kedai area parit buntar?
BalasPadamsalam..nk tanye ade x rumah sewa area yang brdktan ngn sekolah smjk krian dan smk methodist..
BalasPadamMemang betul, saya sekolah di SM Methodist, skrg beli rumah di Taman Minamah RM145K ja, thn 2007. skrg dh naik 500K. Bnyk nostalgia kisah2 silam tentang Parit buntar, dari zaman Stesyen bas lama yg berlopak2, jalan2 sempadan yg berlubang2.. bas merah yg jalan senget, apa yg sya sedar skrg, banyak org luar bukan local dh berhijrah ke sini, kelantan, selangor dll. Ada USM pulak, Penjara penang dh pindah ke Jawi.. Nibong tebal dan Parit Buntar semakin sesak sekarang, jalan2 jem.. masing2 mencari REJEKI...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.