Salam semua.
Entri dimulai dengan satu petikan sembang2 antara rakan, dan situasi ini telah berlaku di salah sebuah U di luar negara. 

"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.

Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.

"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.

Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.

"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.

"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.

"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"

"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."

Dah baca?  Memang agaknya ramai antara kita macam tak ambil berat mengenai hal ini. Berat mulut nak berkata - "TOLONG". Dalam banyak perkara, kita inginkan orang membantu, tetapi jarang sekali nak diucapkan perkataan tolong tu, kecuali dah sangat2 terdesak atau kalau diucapkan pun, selepas frasa pertama tadi dimulakan dulu. Kita letakkan tolong itu ... di kemudiannya ... itupun setelah kita sedar tiada respon dari mereka yang kita meminta.

Jika anda adalah ibu bapa, cubalah terapkan nilai baik ini dalam diri anak-anak anda. Pastikan setiap kali mereka menginkan sesuatu, perkataan TOLONG digunakan. Ini untuk membiasakan diri mereka untuk tidak segan silu mengucapkannya, dan mudahan ia menjadi satu amalan buat mereka kelak.

Buat si anak, perkataan tolong bukan bermaksud anda lemah, tetapi bermaksud anda dalam proses untuk berdikari, sedang belajar, meminta tolong tidak salah, tetapi biarlah dengan cara yang lebih baik, lebih sopan ...bukan bersifat mengarah. Jika mahukan sesuatu yang ikhlas dari orang lain, anda juga perlu bermula dengan meminta dengan ikhlas.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. please,thank you dan excuse me...mereka dah lakukan umpama bernafas...tak putus2...kita jer buat muka bodoh,main langgar begitu dan blah terus!

    ReplyDelete
  2. betul tu!
    memang ada segelintir yang macam ni..

    ReplyDelete
  3. Adesss!! broo..saya dah banyak hari minta TOLONGGG...bro xfeedback pun...uwwaaaaa!! sedey arh gini...xmo tawan arhh!!

    alaa....buek apa malu nak minta tolong kan?? kalo sesat jalan tu, malu mintak tolong...dah konpem masuk lam hutan tu haaa..

    buang jerlah tabiat tuh...



    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement