Maira duk diam je dalam troli.
Salam.
Dah gaji. Dah cukup bulan. Barang dapur dah habis. Apa lagi? Time untuk memenuhkan ruang dapur semula, dah banyak nampak lopong. Pagi tadi, gi Econsave ... memang tempat kami selalu berbelanja. Kalau tak, pergi Tesco .... takpun pasaraya Billion. Kenapa pilih? Sebab barang yang dijual agak murah dan tempat parking kira oklah, tak susah sangat nak mencari.

Bersedia - dengar2 harga susu bakal naik.
Tapi hari ni agak lenganglah walaupun orang ramai dah bergaji. Pergi mana yer? Mungkin ada sale mana2 yang kami tak tahu. Tapi oklah, tak perlu nak sesak2. Shopping dalam keadaan sesak2 ni kadangkala shopping tanpa pikir2, nampak, tengok, belek dan masuk dalam trolli. Kalau lega2 ni, leh la belek2 lama skit, tengok rega, bandingkan ... sebab tak ada orang nak tolak2 troli mintak lalu. :)

Barang sekarang ni, nampak je skit tapi .. perghh harganya .... hmmm macam berbelanja orang masuk rumah baru. Harga barang memang tak dapat nak elak ..... kalau naik ...naiklah .... tak beli? Tak boleh sebab ianya barang keperluan ..... keperluan asas lak tu. Susah. 

Bila memikirkan mereka yang bekerja sendiri, berkebun, bersawah ... kais pagi makan pagi .... rasa pilu di hati. Kesian kat mereka. Ada yang anak ramai, nak beli susu anak pun dah kena pikir dua tiga kali, kalau dibeli, beras lak nanti tak dapat. Nak beli benda2 lain .... hmm ... ishh ..... menangis2 si anak ... nak beli aiskrim RM1, sedangkan RM1 tu nak dibelikan ikan kering utk hidangan malam karang. RM1 satu aiskrim ...makan sorang, tapi ikan kering rega singgit tu leh dapat beberapa orang makan. Dilemma tu.

Pernah merasa susah. Makan pernah berlaukkan kicap. Bila dah ada kemampuan begini, teringat mereka yang berada dalam kesempitan, ohh alangkah baiknya jika ramai insan berhati mulia, menderma dan sedekah tanpa disuruh.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. huhu kite pun risau ni...jimatlah macam mana pun tapi dah namanya duit..cepat je keluar.sekarang RM50 dah macam 50 sen aje tau!tak suka...tak suka...

    ReplyDelete
  2. kami yang belajar pun sudah merasa perbezaan harga.. takut benar rasanya untuk keluar dari alam universiti..melihat dunia luar.

    entri PANAS ditempat kami..ENTRY TERBARU: beli susu percuma KONDOM , 54 bag heroin dalam kemaluan wanita & kemalangan dekat UUM 2011

    ReplyDelete
  3. Yerlah..sekarang ni kalau g kedai runcit kampung pun, kalau bawak RM50 tak cukup. Inikan pula membeli barang di pasaraya.. :(

    Jom baca ni: Sah kopi KLUANG RailCoffee tak halal..
    Jom baca ni: Seni Hiasan Lampu didalam Masjid sungguh memukau..

    ReplyDelete
  4. kan!! kan!! harga barang selalu naik tapi gaji naik sikit jer melebey harga barang naik..mujurlah kat ganu ni mydin mall masih ditakuk lama tp main hatus2 hinggit jugak..tu xsampai penuh 1 troli kalo penuh...P.E.N.G.S.A.N nak membayonyaa!!

    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  5. beli pampers dan susu jer dah abih kat seribu sebulan.. isk.. isk

    ReplyDelete
  6. Tu le keadaan kewangan dan harga barang sekarang ni. Ada yang kata, kuasa membeli dapat menurunkan harga. Tapi mampu ke kita nak kurangkan pembelian untuk mengurangkan harga, jika barang yang nak dibeli tu adalah keperluan asas? Mahu tak mahu, memang tetap kena beli jugak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement