Hiasan semata. Foto: Lensahasrul |
Salam semua.
Hari ini ada pasar malam kat sini. Tak pergi .. malas ... lagipun hari ini mesti sendat je dalam pasar malam tu ... sebab kakitangan kerajaan dah gaji dah. Bila orang ada duit, pasar malamlah jadi tempat favourite .... untuk makan sesuatu yang lain dari kebiasaan. Kat pasar malam leh beli sate, beli yong tou fu ... beli char kueow teow RM1, leh beli buah2 murah .. durian selonggok RM10!
Uhhh tersasar la pulak .. saya nak cerita satu kisah ni. Kisah untuk sendal gusi, rileks2 gitu. Dah sarat dok mikir ... dah sarat dok buat entri berat, nak ringan2 la plak ...
Buat pasangan suami isteri, cerita ini tentu sesuai .... mana tahu ... mula2 isteri baca .. dia tersenyum simpul2 .. lepas tu suami lak baca .. suami pun tersenyum simpul2 ... dan mana tahu .. nanti .... ehhh sama2 senyum .. dari masam ....saling tak tegur .. bertegur semula ... dan bestnya mereka akan bercerita kisah ini .... :)
Bila Suami Isteri Tidak Bertegur Sapa
Terjadilah pada satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham... dan tak bertegur sapa.
Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya. Selalunya si isterilah yang akan kejut, nak harapkan jam loceng .. tak terbangun punya. Tapi dek kerana masih lagi panas bermasam muka, kena cari jalan lainlah untuk beritahu si isteri.
Si suami ni dapatlah idea, idea dari opis gak bila tak bertegur sapa dengan rakan opis yang lain. Si suami ni pun tulislah satu nota:
"KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6. 30 PAGI ESOK"
Dan esoknya si suami ni terlewat bangun juga. Hairan. Dia nak marah pun ada ... nak ketawa pun ada kat isterinya.
Nak tahu kenapa?
Si suami ni terjumpalah nota berikut:
"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6. 30 PAGI"
Hehehe... sudah2lah tu bermasam muka .. hehehehe ...
huhu.. mcm lawak la plk...
ReplyDeleteblh lak main tulis2 nota je..
hahaa..xmenahan!! main2 tulis nota laksss...adess!! pasni kena sediakan nota dan loceng sekaligus..muahaha
ReplyDeletehi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
kami tak maen tulis nota...sms je.hahahahaha:))
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.