Followers ibarat bunga cantik yang memikat. Foto: Lensahasrul |
As-Salam.
Saya pernah beritahu cam mana nak memikat followers [klik sini], so dah ada followers ramai, adakah akan kekal ramai sebegitu? Boleh je klik unfollow untuk sesuatu blog. EHh anda tak tahu? Hmm sebenarnya boleh, bila anda login, dan pergi ke bahagian profile dan lihat senarai blog yang anda followed, anda boleh unfollow blog tu, terserah pada diri anda. Hanya dengan satu klik, anda boleh menjauhi diri anda dari blog tersebut - sebagai followersnya.
Saya pernah beritahu cam mana nak memikat followers [klik sini], so dah ada followers ramai, adakah akan kekal ramai sebegitu? Boleh je klik unfollow untuk sesuatu blog. EHh anda tak tahu? Hmm sebenarnya boleh, bila anda login, dan pergi ke bahagian profile dan lihat senarai blog yang anda followed, anda boleh unfollow blog tu, terserah pada diri anda. Hanya dengan satu klik, anda boleh menjauhi diri anda dari blog tersebut - sebagai followersnya.
Mungkin, anda dah tak berminat lagi, atau mungkin sebab anda sendiri tak mahu follow banyak blog. Atau memang anda rasa tidak lagi berbaloi untuk follow sebab blog tu dah bersawang. Terserah. Tapi ya .. memang ada button unfollow untuk anda klik.
Jadi, jika anda dah ramai followers, apa yang akan mengekalkan mereka menjadi followers anda. Yelah, mana tahu tetiba followers yang beribu ... cuma menjadi satu. Tak siapa yang tahu .. ia mungkin berlaku. Tapi jika anda tak kesah akan followers dan anggap ia tidak penting, abaikan entri ini. :)
Bagaimana nak kekalkan followers anda yang setia menyukai blog anda? Saya anggap bila anda klik join as followers ia lebih kurang seperti anda klik LIKE pada facebook. Ia akan menambah bilangan LIKE dan dalam soal ini ... akan menambah bilangan followers. Tapi anda tak tahu, samada mereka benar2 mengikuti blog anda melainkan mereka meletakkan blog anda di dalam bloglist mereka.... dan begitu juga sebaliknya. :) Dan selalunya mereka yang benar-benar follow ini biasanya akan tinggalkan komen pada entri2 anda ... ehemm .. entri2 .. bukan entri!
Followers yang sebenarnya adalah mereka yang sering respon dalam kotak komen anda. Bukan hanya pada satu entri ... tetapi pada sebahagian besar entri blog. Kerana ternyata mereka betul2 mengikuti blog anda. Betul tak apa yang saya cakapkan nih?
Jadi, tak salah bukan ...kalau saya mengangkat mereka yang sering memberikan komen. Kerana mereka itulah sebenar-benarnya followers blog. Yang tahu apa yang berlaku di dalam blog, di dalam entri.
Saya bukan tidak menghargai mereka yang klik menjadi followers, saya hargai mereka kerana dengan relanya sudi untuk menjadi 'followers'. Bukan mudah nak mereka sukakan blog kita (klik like/klik sign in as follower).
Apa yang perlu anda buat untuk kekalkan followers ini?
- Jika mereka ikuti blog anda, ikuti juga blog mereka. Mungkin anda anda beribu followers, tetapi sesekali cubalah promosi secara rawak blog2 followers anda. Tak susah pun, cuma letakkan link blog mereka dalam entri anda.
- Jika mereka followers anda, cuba singgah sesekali ke blog mereka, dan sebolehnya tinggalkan komen pada entri2 yang memikat hati anda. Atau kalau ada shoutbox, berikan tanda yang anda hadir di blog mereka.
- Jawab pertanyaan followers jika ada, samada dalam komen ... atau dalam entri di blog mereka. Pastinya mereka gembira, ada seseorang yang mereka suka sudi membantu apa yang mereka sedang hadapi.
- Followers anda ada bermacam minat, cuba sampaikan apa yang mereka inginkan dalam entri blog, sebab itulah mereka menyukai blog anda pada pertama kalinya mereka menjadi followers.
Hmm rasanya itu kot. Tips tadi mungkin tak memadai, tapi itulah yang saya telah dan sedang lakukan. Biasa saja buat saya memberikan nilai tambah dalam entri2 saya dengan menjaja blog mereka, kalau tanpa mereka, blog saya takkan dikenali oleh orang lain. Seorang blogger yang menyukai anda akan membawa 5 orang blogger lain menyukai blog anda (kata2 pinjaman dari Ben Ashaari ni).
Itu dia nasihat dari bro yang sangat baik hati...:)
ReplyDeleteselamat hari raye bro..
ReplyDeletearinie 2 followers dah unfollow.. sob2
ReplyDeleteterima kasih cikgu hasrul..memang betul dan sedang dipraktikkan.. itulah yang buatkan kita lagi rapat..
ReplyDeleteowhss..noted ittt...amat bermakna!!1 thanks bro sharingggggg!!
ReplyDeleteKalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
Gud info!! Kekadang itu tak tahu nak buat macamana nak bagi follower ni tinggalkan jejak. Sekarang dah tahu dah kita yang buat dulu
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.