Salam semua yang sudi datang.
Lupa la ... ada satu benda nak citer. Ok ..berikut adalah dialong (lebih kurang) akan peristiwa semalam.
"Alamak polis trafik, hmm kena tahan la kot ni .... " kata saya pada semua yang ada dalam kereta. Dalam kereta tu ada mak saya, wife, dan anak-anak saya. Checked. Semua nampaknya tak ada salah apa, pakai seat belt depan belakang.
"Abang ada laju ke?" Tanya wife saya ... saya memandu dalam keadaan sedar dan rileks di jalan antara bandar. Nak laju? Hmm tak ada apa yang nak dikejarkan pun.
Saya berenti, lepas tetiba je polis trafik tu angkat bendera perlahan. Ingat macam nak lepas dah, rupanya kena benti kat tepi jalan. Tersenyum sahaja polis trafik yang bermisai hitam di hadapan saya.
Saya keluar dari kereta tanpa rasa ragu-ragu. Macam nak kena saman ni. Tapi atas salah apa? Plet nombor yang tercabut satu? Saya ke belakang kereta, diminta untuk berikan lesen memandu. Saya kuarkan dompet dan serahkan perkara yang diminta.
"Encik tahu kesalahan encik?" Tanya polis trafik yang segak beruniform putih, segak ... orangnya pun ensem cam saya .. hahahaha ... :)
"Lampu belakang ni tak menyala" Kata polis trafik tu lagi.
Saya angguk, seperti tahu apa yang dimaksudkan. Kemudian polis trafik tu minta saya keluarkan kad pengenalan. Saya akur .. malas nak debat apa2.... tapi kemudian ...
"Ehh saya salah apa tadi yer?" Tanya untuk kepastian.
"Lampu brek sebelah kiri tak menyala... nanti saya tekan brek, encik tengok ye" Ulas polis trafik.
Ya, betul. Lampu brek saya tu tak menyala .. ehh bila la pulak jadi nih? Saya ingatkan kena saman sebab lampu reversed tak menyala - yang ni saya tahu dan memang nak ganti. Tapi lampu brek .. ohh tidak... kena la pulak.... ehh camner leh dia detect? ayooo ... kalau tk benti, tak tekan brek .. mungkin saya dah lepas.
"Tu motor baru ke?" Sengaja nak alihkan perhatian dari nama saya ditulis ... huaaaa ...
"Bukan .. lama tapi plet baru" Kata polis trafik tu.
Sedang dia tulis2 nama saya kat buku saman, dan siap2 nak sign, polis tu tanya saya lagi.
"Tak .. adik saya polis juga. Trafik juga" Kata saya.
"Laaa kenapa tak bagitahu awal-awal, kat mana?" Tanya polis ensem tu lagi.
"Kat HS Lee, KL" Jawab saya pendek.
"Cakap kat dia, dia mungkin boleh tolong untuk saman ni" Kata polis trafik tu lagi.
Saya angguk je tapi serius, saya sebelum ni pernah mintak tolong adik saya tu tapi .... lebih baik bayar sendiri bila kesalahan tu benar anda lakukan. Dan ia sangatlah berbaloi .. betul! Saya pernah ceritakan sebelum ini, saman yang dirasa kena RM300 .. tapi saya bayar RM30 je .... tanpa bantuan sapa2 .. tanpa bantuan adik saya yang merupakan seorang polis trafik!
Gitulah kisah semalam. Dah kena saman .. elok je dah clear rekod .. kena balik! Aduhhh ... camner?
Mmg masa derang sibuk kwr berita pasal saman ni..kalo brek blkg xmenyala..mmg kena saman..keran akan menyebabkan kecuaian/kemalangan..kena RM100++ kot..ke kena RM300 gak??
ReplyDeletewoo..kena hati-hati....
ReplyDeleteeh..kdg2 geram gk kena saman ng benda kite xprasan..mcm HH kena nie..
ReplyDeleteopss.. saya belum bayar saman
ReplyDeleteehehee..nak buek camano abg HH dah nak kena kan..mende yg kita rasa simple tp diorg ni sume benda leh nampak..toll!! saya pun heran, saya ni bukanlah pemandu berhemah kan, tp xde kena saman laksss..muahaahahaaa (gelak jahat)...sekali esok kena saman..padan muka hakuhh!! hehee..ampun..ampun..
ReplyDeletehi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.