As-Salam.
Bila ada blogger lain 'menepuk' bahu anda dan mengatakan: "Apahal ko buat entri ni?" dan disambung pula: "Buatlah entri yang original skit, dah tak ada idea ke?" ... atau tetiba ada blogger yang komen: "Cit, entri tak berbaloi langsung! Menyesal aku singgah sini" .... pedih?

Biasalah tu. Dalam hidup kita seharian pun cam ni gak. Jangan sesekali mematahkan semangat. Kalau berblog itu tempat anda mencurahkan segalanya, pedulikan apa yang nak dikata. Tapi, dalam masa yang sama ...cuba fikir-fikirkan juga, mungkin teguran gitu boleh memperbaiki diri kita. Walaupun pahit nak telan, kadangkala tersimpul kebenarannya.

Jangan salah sangka, cubalah bersangka baik. Dalam menulis entri, dalam memberikan komen, kita sebenarnya terbatas dalam menyampaikan emosi. Kita tak tahu emosi si penulis tu dengan tepat. Mungkin gaya tulisannya agak kasar, tetapi mungkin tone lain dalam situasi sebenar .... dan ntah2 sebenarnya ia bicara lembut. Susah nak tahu.
 
 
Sentap2 tu biasalah. Sesekali bermain di padang, kadangkala terpijak duri semalu juga. Perit dan pedih kan? Tapi ..takkan sebab semalu .. dah tak mahu main kat padang? Ishh .. ada ke orang camtu? Kalau dah biasa main kat padang tu ... tentu dah tahu selok belok bahagian padang tu, tau mana ada duri semalu, tau mana ada lubang .. tau mana banyak batu .. bila dah tau ... nak pijak lagi???

Faham apa yang HH cuba nak sampaikan. HH nih bukan perfectionist. Macam anda, HH pun budak (erkk budak ke?) baru belajar. Hari ini cakap lain, esok cakap lain. Mengapa tidak, sebab ilmu hari ini dapat ... aplikasi esok dan esok .. tu kan belajar namanya.

Buat mereka yang masih belajar macam HH - bagaimana nak berblog, jangan cuba untuk putus asa, inikan minat anda ...jangan korbankan minat anda semata-mata ada yang tak suka. :) Barulah nanti leh jadi Blogger Tegar!
 
 

16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ok je tu..biasala..ramai org ramai persepsi..tapi yg penting kita kne kuat dan yakin..

    ReplyDelete
  2. blogger tegar!! beshkan kalo jadi camtu tp cakap jer boleh setakat ni..nak real2 tegar belum sampai lagikkk..chayok2!!


    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  3. bila buat blog...kena terima, kritikan, hinaan, bencian, suka, minat, popular.....dan banyak lagi! aku rasa blog yang lama je tahu perasaan tuan punya blog ini..kan!

    ReplyDelete
  4. mgkn dorg tak paham kot tujuan bro tulis entri. Info, kadang2 perlu diulang kat media/ tempat lain sbb orang bukannya bc kat satu tempat je. Bygkan isu scorpene, jika kita asyik dgn media tempatan yang dikawal kerajaan, mmg kita tak tahu pun apa tu scorpene. Sedih sekali dgn minded mcm ni.

    ReplyDelete
  5. Ambik kritikan, kutukan tu secara positif..Insya-Allah, ia akan menguatkan lagi semangat kita untuk berblogging

    Entry terbaru saya "Dapat Hadiah TikeT Euro 2012"

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum HH...betul tu setuju2..:)

    ReplyDelete
  7. Blogger tegar = you blog whatever happens, whatever people say regardless few number of readers you have.

    kritikan perkara biasa. kalau taknak kena kritik duduk diam2 jangan tampilkan diri di khalayak.

    ReplyDelete
  8. Saya hanya menulis apa yang terlintas dihati dan fikiran. Tiada niat nak sakitkan hati orang cuma mungkin cara penerimaan dan pemikiran pembaca berbeza2.

    ReplyDelete
  9. ni mesty gara2 entri mak dara tadi neh..
    HahahahaXD

    Tapi kan, HH..
    Selalunya if orang tu tak suka sesuatu entri tu, dia akan blah tanpa meninggalkan komen..
    Dia cuma akan tinggalkan kalau suka je^^
    Sebab tu susah nak jumpa komen yang kata kontra dengan entri..
    Kebanyakannya akan kata SETUJU dengan entri blogger..
    Ary masih mencari-cari orang yang akan kata kontra pada entri-entri ary..
    Yang akan datang dan komen, "Tak ada pengisian langsung blog lu" tanpa menggunakan anonymous..
    Yang berani mengutarakan pendapat secara terangan^^

    ReplyDelete
  10. betul tu HH ...kalau anonymous ok lagi..ni kalau ada official nama blog dan nama blogger tu..hahahahha..memang perang la HH kan kan kan ?

    ReplyDelete
  11. Betul tu .. kalau dah lama berblog .. dah sebati dah dengan asam garam pahit gini ..

    ReplyDelete
  12. Ya betul tu ... ruang maya ini tak terbatas ...mcm2 info bleh kita dapat sebenarnya ... dari yang celah kain mahupun dalam kain

    ReplyDelete
  13. Hmm ... belum terkena lagi la tu ... tapi siap sedialah kalau ada nanti ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement