Salam semua.
Ada tak kawan-kawan korang yang terbabit dengan Jemaah Tabligh? Ada? Kalau ada beritahulah saya. :) Mungkin ramai tak tahu, saya ... pernah dan ramai kawan saya adalah dari kalangan orang-orang yang menyertai Jemaah Tabligh. Ohh bukan Jemaah Islamiyah tu yer... ini jemaah yang secara praktisnya merupakan pendakwah yang tidak ditauliahkan tetapi 'bekerja' untuk menyampaikan apa yang mereka tahu, dan apa yang mereka belajar mengenai Islam. Mereka berpegang kuat dengan sifat Tabligh, Fatonah, Shiddiq dan Amanah.
Cam mana saya tahu? Hehehe.. saya satu ketika dulu, pernah bersama rakan-rakan dalam Jemaah Tabligh ni. Saya pernah bercampur dengan mereka, saya pernah mengikuti mereka, saya pernah ke Markaz mereka di Seri Petaling. Saya mengakui, ada perkara yang baik dan ada benda yang kurang disenangi.
Bila diingatkan kembali, sebelum saya menyertai dan berjinak dengan Jemaah ini, apabila ternampak saya kelibat mereka .. saya akan lari ... lari sebab tak mahu kena 'ceramah' free. Kerana apa? samada tak mahu perit telinga .... atau tidak mahu pemungkir janji. Pemungkir janji? Ya .. sebabnya setiap kali bertemu, mereka akan minta kita untuk bersama-sama dengan jemaah, bukan untuk menjadi penceramah tetapi untuk mendengar ilmu yang ingin disampaikan .... di satu tempat yang telah ditetapkan.
Perit telinga - sebab hampir semua kata-kata mereka tu benar, tak bisa dan tak boleh nak elak, nak counter attack balik pun tak boleh .. hehehehe ..
Tapi ada juga ... dalam Jemaah ini, adalah mereka yang baru keluar penjara, bekas penagih, bekas banduan, bekas tokey kedai judi .. boleh katakan macam2 latar belakanglah dalam kumpulan ini. Kerana itulah banyak cerita derang ni tau, pasal selok belok orang berjudilah, pasal bagaimana nak seludup barang terlaranglah, pasal bagaimana nak buat itu dan ini.
Kalau nak diceritakan pengalaman saya dengan mereka ... memang banyak. Tapi cukuplah dulu saya ceritakan yang ini dulu.
**p.s: Ini merupakan satu penceritaan kisah hidup saya .. melalui pengalaman hidup selama 35 tahun, mungkin ada yang tak menyukai tapi cubalah baca ... :)
aewah ayah mertua saya adlaah org tabligh..adik ipar saya selalu kuor ke india,pakistan almost 3 monthss...hehehee...tp suami saya x..sbb dia sibuk keje..hehehe!!
ReplyDeletehi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.