Mata boleh menipu. Berapa kakikah yang ada pada gajah ini?

As-Salam.
Sering kita terlalu cepat menilai. Belum pun habis seseorang itu berbicara, kita dah potong, dan terus menghentam. Dengar dulu apa yang nak dikata. Biar dia lontarkan pendapatnya secara keseluruhan, jangan disekat di tengah luahan lalu menempelak tanpa arah.

Gitulah. Ada tajuk entri mengundang persepsi negatif. Satu perenggan .. dua perenggan ... baca punya baca .. tetiba dapat komen yang membidas. Oh tidak.... bacalah dulu sampai abis, lepas tu barulah tinggalkan komen. Baca kepala ... tak tengok isi .. apa cerita?

Saya ingat lagi, semasa belajar bahasa malaysia (bahasa melayu), diajar buat karangan, ada permulaan, pastu isi kandungan .. dan kemudiannya kesimpulan. Memang begitu dari dulu .. dah format begitu. Dan kalau beri ucapan pun macam tu juga, ada kata-kata aluan, pastu baru ke isi ... dan last sekali .. ada kesimpulan.

Dalam entri blog pun begitu juga. Ada mulanya, ada isinya, dan ada pengakhirannya. Baca semua ... kalau nak komenlah. Kalau tak nak komen .. tak mengapa .. itu hak anda sebagai pembaca. Apatah lagi ingin meninggalkan apa yang bermain di fikiran. Kalau fikir anda betul, tak salah menegur .. tapi biarlah berpaut pada yang betul. Dok paut kat kepala ... pastu nak hentam badan dan kaki .. jadi peliklah.

Jadi, bila anda rasa tak puas hati dek kerana kepala entri, dek kerana pendahuluan ..... jangan terus memplot di akal ... itu adalah kesimpulan sebab kesimpulannya masih jauhhhh di bawah ... sedang isi pun belum diteliti.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. besela,melayu,mmg suke jump to conclusion teros,tanpa pk panjang..naish


    nice entry btw

    BalasPadam
  2. cikcleo setuju ohkey!!kdg2 kite cite lain die komen lain..tu sume imej kite as blogger rite.ape la org kate pasal kite nnt...budak ni mesti xbace terus nak komen.haiyaa..

    BalasPadam
  3. setuju sgt nh..
    kalo nk tegor pn cube la ngn care yg baek..
    =D

    BalasPadam
  4. heeee..tol2 tu HH..saya BM dapa A1 taooo..sape xbaca entry saya rugi sbb dr atas sampai bawah mmg hampehss..kih3...tu lar kan nak tegur pun biarlah bertempat...puji2 dulu baru tegur ker?? motipp?? nak jugakkk kena puji..muahahah


    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement