Amri - tak layan bantal busuk. Foto: Lensahasrul |
Salam semua pengunjung Bangku Kosong.
Saya ada sorang anak sedara - actually anak sedara wife saya. Dia ni, kalau nak tidur .. mesti nak ada bantal busuk. Tak boleh tidak. Mesti!. Kalau tak ada ... maknanya ... kena tahan telinga la ... sebab dok meraung time memalam bila nak tido.
Tu sebab mak pak dia, sanggup patah balik ke KL bila dah sampai ke Behrang, bila teringatkan bahawa bantal busuk si anak dah tertinggal! Perghh .... hmmm bantal busuk nyer kes .... sanggup tapi sanggup ke nak lihat si anak nanti meraung2 .. menangis tengah2 malam ... sebab tak dapat bantal busuknya?
Gitulah, bila dah berikan satu kebiasaan pada anak, jadi gitulah. Tapi alhamdulillah, skang dah besar dah .. dah tak main bantal2 busuk ni lagi. Busuk? Yer .. siyes giler memang busuk ... kalau saya tercium .. leh pening sehari tu jo.
Agak-agakla .. kalau si anak tu tak terbuang tebiat bantal busuk tu .. mungkin akan jadi seperi cerita berikut. Meh layan ..
Perpisahan dengan Si Bantal Busuk
Betullah bak kata orang. Bila ada di depan mata, tak pernah di hiraukan. Malahan, tak berterima kasih dan bersyukur langsung akan kehadirannya. Kini, barulah aku sedar akan hakikatnya..aku terpaksa menerima kenyataan yang dia sudah tiada lagi disisiku. Malahan aku terpaksa menerima hakikat bahawa dia bukan milikku lagi.
Sebak di dada kurasakan. Menitis air mataku mengenangkan sejarah silamku dan dia. Tiada siapa yang dapat memahami akan perasaanku yang terluka. Aku menyendiri, tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tak mahu berjumpa dengan mak dan ayah yang telah memisahkan kami berdua apatah lagi dengan wanita yang bakal menjadi isteriku itu. Biarlah aku pendam sebuah luka di hatiku.
Kini, malamku terasa begitu sunyi... tidak seperti dulu sewaktu aku bersamanya.. Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan,ku pusing ke kiri, tak bisa juga aku melelapkan mata. Dia kembali menerjah ke fikiranku. Oh tuhan... mengapa ini mesti terjadi pada diriku?
Mengapa sanggup kedua ibu bapaku memisahkan kami berdua? Tidakkah mereka tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini? Tidakkah mereka mengerti bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya?
Aku tak dapat menahan lagi kesedihan yang ku pendam dan sebak di dadaku. Tanpa ku sedari, aku meraung sekuat hati "Kamu semua kejam, kejam, kejaaaaam"
"Kenapa dengan kau ni?"... ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam hatiku seraya berkata "eleh... sudah gaharu cendana pula... sudah tahu bertanya pula orang tua nih". Mak menghampiriku dan duduk disebelahku.
"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk kebaikan kau juga. Takkan bila dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia bersama? Apa kata Milah nanti?"
"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan Man, Milah akan terima dia sebagai madunya. Apa salah dia? Apa salah kami, mak, ayah?"
Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo... umur tu dah berapa... . kahwin kau minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak bantal busuk kau tu sekali? Mangkuk ayun punya anak".
Aku terkedu tak terkata.
Sumber: Komuniti VF
hahaha adoi sampai ke besar bantal tu..macam mana rupa bantal tu agaknya :P
ReplyDeletehahahahha!! lawak2...
ReplyDeletehik2 seb bek bro boleh pisah dgn bantal busuk
ReplyDeletehahhahha,tak leh bla
ReplyDeletelawok lawok
saket perot gelak
nak kuar usus oden
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.