Salam semua.
Baru balik dari pasar. Saya beli makanan untuk sarapan pagi ni, dan pagi ni hujan renyai-renyai. Kat pasar tak ramai orang, harga ikan macam biasa, harga ayam lak ...erkkk ... dekat RM9 sekilogram. Mahal!. Kenapa ehh?

Mak saya cakap orang tak berapa nak beli ikan. Bila ditanya mengapa, mak saya cakap sebab ikan tsunami. Adehhh gitu la pulak. Senario sama berlaku dulu ...semasa tsunami melanda negara. Harga ikan bercampur-campur, setengah tempat jauh murah sebab orang takut nak makan ikan. Sebab mereka anggap ikan makan mayat manusia. Setengah tempat lak, mahal bagai nak rak sebab nelayan tak dapat nak turun ke laut, samada bot dah musnah atau kerana takut nak menangkap ikan.

Bagi saya, layan je. Makan je. Tak fikir sangat hal tu. Laut ni luas. Tak tahu apa ikan tu makan. Namun, saya yakin ... tiada masalah untuk makan ikan, melainkan ikan tu ikan dalam kolam di mana airnya tidak mengalir. Ikan kolam yang kat sungai, saya leh layan lagi.

Ok... apa saya beli untuk bekfast? Saya beli nasi dagang, lama betul tak makan nasi dagang. Best beli nasik dagang kat sini, sedap ... dan bila tgk kat nasi dagang tu, dia berikan kita choice samada nak pedas atau biasa2. Kalau nak pedas, ada cili api sebijik .. gigit la cili api tu .. automatik pedas! Tak mau pedas, jangan gigit. Itu pilihan yang diberikan.

Berkata mengenai pilihan, dalam kehidupan kita seharian, kita punyai pilihan, apa jua pilihan atas tanggungjawab kita. Kita berhak memilih. Andai nak pilih yang cantik, maka yang comel lote, cun, putih melepaklah dipilih. Andai nak pilih yang baik hati, maka yang ringan tulang, berhemah, berbudi bahasalah yang kita pilih. Setiap pilihan yang kita buat akan efek apa yang bakal berlaku kelak.


Buat pilihan dengan bijak dan betul. Fikir dahulu sebelum memilih. Sekali dah pilih dah sukar nak patah balik, melainkan kalau memang dibenarkan.... macam beli kat pasar raya... dah beli, agak tak puas hati dengan benda dibeli, leh pulangkan balik.

Kesimpulannya, anda telah diberikan akal untuk memikir, diberikan emosi untuk bertimbang rasa .... pilihlah perkara yang memberikan kebaikan untuk diri anda. Jangan silap memilih sudahlah.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pemilihan yg baik..mnjamin kputusan yg baik.. klau x baik jugak..redha jer lah.. ^_^

    ReplyDelete
  2. kadang2 susah gak nak buat pilihan kan
    kena kaji baik buruk dulu baru boleh buat pilihan yang tepat!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement